Catatan

Digilis bas, Gadis jelita maut.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Lagi satu bulan sijelita adik Maizatul akan mengambi peperiksaan SPM untuk tahun 2018 yang dijadualkan pada pertengahan november ini. Namun hasrat dan keinginan nya tidak kesampaian apabila dia dijemput ilahi bila motosikal yang dibonceng nya bersama rakan sebaya telah terlibat dalam kemalangan di kilometer 69, Jalan Teluk Intan- Klang, di sini, petang semalam. Dalam kejadian 6.30 petang berhampiran Tali Air 8, Sungai Leman itu, mangsa, Maizatul Maiza Mohd Jalil, 17, yang membonceng Yamaha Lagenda 110 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala. Manakala rakannya, Nurul Natasha Sukari, 17 mengalami cedera di tangan kanan dan kedua dua kaki. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian berlaku apabila kedua remaja itu dan pemandu bas berada dari ara

Status IG salah seorang pramugari Lion Air JT 610 .Doakan yang terbaik buat semua mangsa.

Imej
Pagi ini kita digemparkan dengan pesawat lion air yang terhempas di lautan. Status salah seorang pramugari Lion Air JT 610 dipercayai terhempas ke laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pagi tadi tular di media sosial. Menerusi Instagram peribadinya, Alviani Hidayatul Solikah menulis 'it's dark inside, i want save that light'. Status itu dimuat naik tiga hari lalu dengan memperlihatkan dia sendirian di tengah-tengah sinaran cahaya lampu dikelilingi kegelapan. Memetik DetikNews, Alviani Hidayatul yang berasal dari Jawa Timur merupakan salah seorang pramugari pesawat malang tersebut. Rata-rata rakan dan netizen memenuhi ruang maklum balas dengan menzahirkan ucapan takziah kepadanya. Netizen, Julistyoip mendoakan Alviani dibawah lindungan ALLAH SWT. Bagi, Rorisrei pula menyatakan, 'ALLAH will save the light for you and bring you out from the dark'. Al - Fatihah. Enam krew kabin disenaraikan Lion Air ialah Shintia Melina, Citra Noivita

Penyanyi bersuara 'emas' Saleem Iklim meninggal dunia

Imej
Pagi ini kita digemparkan dengan pemergian penyanyi kesayangan ramai iaitu saleem iklim yang telah meninggal dunia. Perkara ini disahkan oleh isterinya Juriah@Julia Bachok kepada Harian Metro. Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed, 56, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu. Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru. Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang. Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.  Jenazaah Saleem yang ketika jni masih berada d

Baru sahaja bertunang, beliau maut kereta bertembung bas.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26,maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, hari ini.Dalam kemalangan 6.15 pagi itu, mangsa, Nur Syazwani atau lebih mesra dengan panggilan wani  berasal dari Taman Murni Kok Lanas, Kota Bharu meninggal dunia ditempat kejadian. Mengikut sumber wani baru sahaja mengikut tali pertunangan nya dengan pilihan hati nya 2 hari lalu iaitu hari jumaat lepas. Adik wanita itu yang juga penumpang kereta berkenaan, Muhammad Syazwan, 25, turut cedera. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai. Beliau berkata, kereta yang dinaiki mangsa bersama adiknya pula dari arah bertentangan. Katanya, sebaik tiba di lokas

Kehilangan 2 anak syurga sekaligus, besar dugaan buat keluarga ini.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.sedih dan pilu apabila dua adik beradik maut dalam kemalangan .pasangan suami isteri ini hilang 2 orang anak kesayangan mereka sekali gus dalam kemalangan yang menimpa mereka malam tadi Dua adik beradik ini maut selepas tercampak keluar daripada kereta jenis Honda City dinaiki bersama ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Beserah, berhadapan Petronas Bukit Pelindung di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, dua beradik berkenaan, Nur Afina Safiya Mohd. Helmiardi yang berusia 11 bulan dan kakaknya, Nur Nailah Al Farafisha, 2, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pemandu kenderaan yang juga ayah kanak-kanak itu, Mohd. Helmiardi Nosaha, 29, cedera di bahagian dada manakala isterinya, Nor Yumni