Baru sahaja bertunang, beliau maut kereta bertembung bas.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26,maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, hari ini.Dalam kemalangan 6.15 pagi itu, mangsa, Nur Syazwani atau lebih mesra dengan panggilan wani  berasal dari Taman Murni Kok Lanas, Kota Bharu meninggal dunia ditempat kejadian.



Mengikut sumber wani baru sahaja mengikut tali pertunangan nya dengan pilihan hati nya 2 hari lalu iaitu hari jumaat lepas.
Adik wanita itu yang juga penumpang kereta berkenaan, Muhammad Syazwan, 25, turut cedera.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.




Beliau berkata, kereta yang dinaiki mangsa bersama adiknya pula dari arah bertentangan.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, kereta dinaiki mangsa cuba memotong sebuah treler tetapi gagal.
Berikutan itu, katanya, kereta yang dipercayai dipandu laju itu bertembung dengan bas ekspres terbabit.
“Ia menyebabkan bas itu terbabas dan terbalik di dalam longkang,” katanya.
Mohd Taufik berkata, Nur Syazwani meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Katanya, adik mangsa dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Semoga tunang dan keluarga mangsa tabah akan pemergian beliau. Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang berimanAamin...

Pelbagai lagi berita di bawah ----------------->>>>>>>>>>>>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.