Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Khairul Maut akibat diremput pemandu mabuk

Imej
semakin hari semakin banyak kes pemandu mabuk merempuh orang yang tidak berslah sehingga kehilangan nyawa.diharapkan kerajaan memandang berat isu ini. salam takziah dari admin buat arwah. terlalu marah rasanya apabila orang tidak bersalah menjadi mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun yang juga pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan rakannya yang parah kini dirawat di Zon Merah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Difahamkan, kedua-dua mangsa adalah rakan sekerja dan tinggal serumah dan mangsa yang meninggal dunia dikatakan baru tiga hari bekerja di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya "Pembonceng motosikal, lelaki berusia 42 tahun maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, lelaki berusia 30 tahun parah dan dikejarkan ke PPUM. "Pemandu kereta adalah lelaki tempatan yang juga seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun. Dia tidak mengalami kecede

Tragedi Aidilfitri..2 beradik berusia 4dan 5 tahun lemas di kolam ikan terbiar

Imej
Takziah diucapkan kepada keluarga anak-anak mereka. Semoga diberikan kesabaran dan rahmat oleh Allah SWT. Sesungguhnya semua kejadian itu adalah ketentuan dan urusan Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan.  Kejadian lemas Pelajar PASTI AnNur, Permatang Pasir, Balik Pulau Adik Nurul Radiah (5 Tahun) dan adiknya (4 tahun) di kawasan rumah kuari belakang Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau.  Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang mencari mereka di sekitar tapak mereka tinggal menemui anak perempuannya yang berusia 5 tahun terapung di dalam kolam terbabit. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, wanita terbabit segera memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum lelaki berkenaan tiba di tempat kejadian bagi mencari seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun. Menurutnya, mayat mangsa kedua ditemui tidak lama kemudian dan pasukan perubatan yang tiba mengesahkan kedua-dua mangsa telah meni

Rempuh kereta yang sedang membuat pusingan U, pemuda maut di tempat kejadian.

Imej
Ajal, pertemuan, maut, semuanya ditentukan-Nya. Kita sebagai hamba mampu merancang tapi Dialah yang menentukan segalanya.Salam takziah admin ucapkan buat keluarga mangsa. semoga keluarga arwah tabah akan kehilangan orang tersayang.. Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa Mohd Anuar Abdul Rahman, 27, meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai menunggang motosikal Kawasaki Ninja 600 dari arah Kulim. "Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona terbabit dipercayai datang dari arah Kulim Utama Fasa 2 menghala ke Kawasan Perusahaan Kulim. "Tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa merempuh kereta terbabit yang sedang membuat pusingan U," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohd Yusuf berkata, akibat kemalangan, penunggang motosikal terbabit maut di tempat kejadian, manakala seorang penumpang kereta patah tangan kiri dan luka di muka. Ramai juga

Hanya sempat melihat dunia 9 jam, hasrat untuk menyambut aidilfitri dengan bayi sulung tidak kesampaian.

Imej
Sebak! itu perasaan admin apabila menbaca kisah pasangan ini, anak mereka baru sahaja lahir ke dunia, tapi selepas 9 jam, anak mereka pergi meninggalkan mereka.. semoga keluarga ini tabah akan ujian berat buat mereka. di bawah adalah sorotan tentang bayi pasangan ini 11/5/2020 isnin Umie ke hospital untuk check kandungan bila scan doc cakap air ketuban umie kurang.. Umie terpaksa induce pada keesokan hari nye.. Semalaman umie berjaga.. Tak dapat tidur.. Sebab baby aktif sangat umie excited sangat2 nak jumpe baby .Alhamdulillah sepanjang mengandungkan baby umie kuat..umie takder alahah pun. 12/5/2020 selasa (due date) Umie alami contraction dari jam 6.30 pagi akibat induce Allahu hanya orang yang pernah mengalami je tahu.. Jam 3 petang umie dihantar ke labour room masa tu bukaan 3cm. 4jam lebih kurang umie bertahan sakit rasa nak mati .masa ni bukaan dah 6cm ..pada jam 6.55 petang lahir la seorang baby boy yang comel sangat. Tapi baby menghidap komplikasi selepas dil

Moga syurga buatmu irwan, perjalanan ke tempat kerja berakhir di jalanraya akibat pemandu mabuk

Imej
Geram admin mengikuti tentang kemalangan jalanraya yang melibatkan saudara irwan.. beliau maut di tempat kejadian angkara pemandu mabuk! tak habis2 tentang pemandu mabuk. orang yang tak bersalah menjadi mangsa. admin teringat tentang kemalangan di pulau pinang satu masa dahulu, lebih kurang sama. pemuda balik dari tempat kerja akhirnya dilanggar pemandu mabuk yang melawan arus sehingga meninggal dunia. Dalam kejadian 9.20 malam tadi, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng di sini, maut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu menentang arus dan secara berbahaya. Mangsa yang beralamat di Sungai Isap Perdana di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dada. Siasatan awal mendapati kereta Toyota C-HR itu dipandu menentang arus sejauh lebih lima kilometer bermula dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa me

mama tak kuat, maafkan mama sayang.

Imej
Bergenang air mata admin menbaca kisah puan jaja di laman sosial, betapa hebatnya dugaan yang diterima..semoga beliau tabah akan ujian berat yang dilaluinya. Innā li-llāhi wa-ʾinna ʾilayhi rājiʿūn 10 tahun penantian tp Allah pinjamkan anak kembar sulungku hanya 42 hari, Disaat si adik masih lagi di hospital, kakak dah pergi tinggalkan kami semua. Aku tak kuat ya Allah. Maafkan mumy sayang, Mumy leka dan lalai dalam menjaga kakak. Sekelip mata kakak dah tiada.Salah mumy sebab susukan kakak sambil baring,mumy tak sedar sayang. Mumy tak sengaja.Mumy terlelap.Maafkan mumy sayang. Minta tlg sahabat semua sedekahkan al fatihah buat anak syurga saya yang telah kembali kepada penciptanya subuh tadi.  Putri Qhaira binti M.Hadri Fisqi.Jenazah akan dikebumikan selepas selesai post mortem. Ya Allah kuatkan la hati dan semangatku dalam menempuh hari2 mendatang. Anak manja mumy dah tak ada . **Hanya Minta tlg semua doakan adik Putri Qianna yang masih di hospital ya.Doakan ju