Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

Alif pergi jumpa papa yer rehat disana lepas bedah siasat

Imej
Alif pergi jumpa papa yer rehat disana lepas bedah siasat Ibu mana yang tidak sedih semalam semasa Alif menghantar nya ke KLIA untuk ke Singapura anaknya itu tiada menunjukan sebarang perubahan pelik pun kata Nora. Dia tidak ada sebarang penyakit dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda ada penyakit. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang awal pagi tadi untuk ke Singapura, dia baik-baik saja. Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan beritahu badannya sudah tidak bergerak selepas rebah, kata penyanyi Nora Ariffin mengenai pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pagi tadi. Nora berkata, walaupun kematian Alif sama seperti Allahyarham suaminya Johan Nawawi, dia tidak terfikir anaknya mengalami masalah jantung. Saya masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai punca sebenar dan bedah siasat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tidak ada hari ini, bedah siasat akan dilakukan esok pagi.