Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERITA VIRAL

Calon SPM dan ayah maut dirempuh bas

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Adam tak sempat SPM dia ayah maut dirempuh bas Tugas terakhir seorang ayah buat anak tersayang diperjalanan menghantar anak nya itu dia dan anaknya maut dirempuh bas.Paling memilukan mengikut saksi ditempat kejadian berterabur kuih dan bekalan air kopi yang dibawa mereka sebagai bekal. Si ayah meninggal dunia ditempat kejadian manakala anak nya Adam menghembus nafas terakhir di Hospitla Kepala Batas impak kemalangan yang menimpa mereka. Ya Allah,baru dapat athu berita ni, semoga makcik aziah tabah dan kuat, smoga roh suami dan anak mak cik aziah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman, syurga buat mereka. Aamiin Dalam pad itu Sinar Harian melaporkan dua beranak maut selepas motosikal mereka terlibat kemalangan dengan bas Rapid Penang di Jalan Teluk Air Tawar di sini awal pagi tadi. Muhammad Adam Shamsul Shahril, 17, dari Se

Pengantin baru meninggal dunia setelah 3 hari bernikah

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Pengantin wanita baru bernikah 3 hari maut kemalangan Sepasang suami isteri terlibat kemalangan ngeri malam tadi yang mana dalam kemalangan terbabit isteri yang baru dinikahi 3 hari meninggal dunia termasuk 3 orang lagi mangsa dari kenderaan lain maut. Mangsa yang menaiki perodua Myvi dipandu suami tersayang telah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 7 kenderaan itu. Mangsa Salwati Yaakob, 28, yang merupakan penumpang hadapan perodua myvi terbabit meninggal dunia ditempat kejadian manakala suami nya Azman Syah Gusti, 28, parah dalam kemalangan ngeri tersebut. Mereka berdua baru diijab kabul pada Ahad lalu 09.11.19 apa yang berlaku sungguh memilukan jodoh mereka berdua tidak panjang yang maha esa lebih menyanyangi arwah permergian mengejut Salwati atau lebih mesra dengan panggilan Atiey mengudang pilu keluarga insan insan yan

4 Hari bertarung nyawa, Aidil mangsa tikaman rakan sekerja meninggal dunia

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Aidil mangsa ditikam rakan sekerja meninggal dunia setelah bertarung nyawa sejak empat hari lalu dia yang berada didalam keadaan kritikal di ICU Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah ditikam rakan sekerja mangsa Aidil Asran menghembus nafas terakhir pada pukul 11.15pagi tadi. Sinar Harian melaporkan seorang pekerja syarikat penghantaran yang kritikal selepas ditikam rakan sekerja empat hari lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, Aidil Asran Omar, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi. Menurutnya, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian. Mangsa disahkan telah meninggal dunia dan proses permohonan sambung reman ke atas suspek akan dijalankan. Dengan kematian mangsa, kes dik

Status doa bertukar duka, suaminya maut.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya Nurul Farihah memuat naik status di Whats app pada petang semalam namun pagi tadi dia menerima khabar yang suami tersayang dijemput ilahi kemalangan awal pagi tadi Dalam kejadian pagi tadi dua pemandu maut apabila lori yang dipandu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Parit Kuari, dekat Ayer Hitam, pagi ini. Dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu salah seorang nya adalah Khairul Azreen Suhairi, 26, yang merupakan suami kepada Nurul Farihah yang mana ketika kemalangan terbabit lori muatan gas nya dirempuh lori muatan tanah yang di pandu Ruzairi Mu’bin, 32. Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ishak Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan pada pukul 10.37 pagi, dan susulan itu 10 anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu meng

Pengasas Dnars skincare meninggal dunia dalam kemalangan maut.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand. Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian. Faizol memaklumkan, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya. "Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia," katanya. Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand. Sama2 kita kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Keluarga dan rakan tidak mengetahui kewujudan rumah sewa

Imej
Semakin misteri tentang kes pembunuhan ketua jururawat ini. apappun kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan. jangan bercakap atau menbuat tuduhan melulu ya. jagalah adab di bulan mulia ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, maklumat itu hanya diperoleh polis secara kebetulan apabila menerima laporan berkaitan penemuan satu mayat di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya kelmarin. Berpandukan laporan itu, katanya, polis melakukan siasatan dan mengesahkan mayat yang ditemui ialah Siti Kharina dan kondominium berkenaan adalah kediaman yang disewa jururawat berkenaan. “Ahli keluarga dan rakan sekerja Siti Kharina juga tidak mengetahui tentang kondominium yang disewa jururawat tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat Siti Kharina daripada pihak Hospital Serdang. Sementara itu, temu bual Sinar Harian dengan pengawal keselamatan yang bertugas di Kondominium Thir