Calon SPM dan ayah maut dirempuh bas



Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Adam tak sempat SPM dia ayah maut dirempuh bas Tugas terakhir seorang ayah buat anak tersayang diperjalanan menghantar anak nya itu dia dan anaknya maut dirempuh bas.Paling memilukan mengikut saksi ditempat kejadian berterabur kuih dan bekalan air kopi yang dibawa mereka sebagai bekal.
Si ayah meninggal dunia ditempat kejadian manakala anak nya Adam menghembus nafas terakhir di Hospitla Kepala Batas impak kemalangan yang menimpa mereka.
Ya Allah,baru dapat athu berita ni, semoga makcik aziah tabah dan kuat, smoga roh suami dan anak mak cik aziah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman, syurga buat mereka. Aamiin


Dalam pad itu Sinar Harian melaporkan dua beranak maut selepas motosikal mereka terlibat kemalangan dengan bas Rapid Penang di Jalan Teluk Air Tawar di sini awal pagi tadi.
Muhammad Adam Shamsul Shahril, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Air Tawar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Sementara bapanya, Syamsul Shahril Abd Rahman, 51, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Muhammad Adam yang membonceng motosikal bersama bapanya dari arah Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang berada di lorong kiri telah mengubah haluan ke kanan lalu masuk ke laluan bas menyebabkan kenderaan tersebut gagal mengelak lalu melanggar belakang motosikal mangsa.
Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya. Bedah siasat penunggang motosikal sedang dijalankan di Unit Forensik Hospital Kepala Batas.
Pemandu bas yang berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya hari ini.
Al fatihah buat kedua-dua mangsa. berita lain di bawah..

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.