Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Perancangan Norhamizah untuk mengakhiri hubungannya bersama teman lelakinya dengan ikatan pernikahan tidak kesampaian bila dia meninggal dunia dalam kemalanga semalam.
 Berita harian melaporlan dua wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 107.5 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu menyebabkan Norhamizah Ismail, 24, dari Desa Tanjung, Muadzam Shah dan kakak iparnya, Lizawati Mohamed Taib, 34, dari FELDA Keratong 4, di sini maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun, berkata Norhamizah yang memandu Proton Satria Neo dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan dan sebaik tiba di lokasi kejadian dikatakan tiba-tiba hilang kawalan.
Ketika di tempat kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan lalu terjatuh ke bahu jalan. Pada masa yang sama kereta itu cuba masuk semula ke laluannya



Ini menyebabkan kereta berkenaan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang dipandu oleh Robert Sinnakano, 61,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Azari berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki.

 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, sebuah jentera dengan lima anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat mengenai kejadian.
Katanya, pasukan bomba membantu mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing.
Semoga Fairuz Syazwan kuat untuk menempuhi dugaan ini dan semoga abang arwah Hamizah juga kuat kehilangan isteri tersayang yang maha esa lebih sayangkan mereka berdua. Al fatihah.sama2 kita doakan semoga mangsa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Aamiin...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.