Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

'Bang Brahim tolong Aini Bang Brahim" kisahnya semasa akhir hayat,Bakat Yang Tiada Galang Gantinya

Imej
  Kehadapan saudaraku Bujang Lapok... Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu. Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura. Setelah perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya.Filem terakhir beliau adalah  Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun. Walaupun sudah terlibat lebih 70 buah filem dari 3 buah studio berbeza, namun terhimpit dalam kemasyuran namanya.

Kekejaman seorang anak. Bunuh ibu hannya disebabkan

Imej
  Pada 27 September 2017 pihak polis di Rajkot India telah menerima panggilan kecemasan mengenai 1 kes bunuh diri seorang pesara guru wanita berusia 64 tahun Jayshree Nathwani di sebuah apartment berdekatan Nanavati Chowk. Menurut anak lelaki wanita terbabit Sandeep Nathwani,ibunya ada memberitahu bahawa dia ingin ke  tingkat atas apartment tersebut untuk sembahyang. Jayshree dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.  Selepas siasatan dijalankan polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh diri. Sehinggalah 3 bulan kemudian iaitu pada Januari 2018,bilik kawalan polis di Rajkot menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali meminta polis untuk siasat semula kes bunuh diri melibatkan mangsa Jayshree Nathwani. Menurut pemanggil yang tidak diketahui namanya itu , Jayshree bukanlah seorang yang mampu berjalan sendiri kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kepala. Individu itu juga meminta agar polis