'Bang Brahim tolong Aini Bang Brahim" kisahnya semasa akhir hayat,Bakat Yang Tiada Galang Gantinya

 


Kehadapan saudaraku Bujang Lapok...

Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.

Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura. Setelah perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya.Filem terakhir beliau adalah  Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun.

Walaupun sudah terlibat lebih 70 buah filem dari 3 buah studio berbeza, namun terhimpit dalam kemasyuran namanya.


AiniJasmin meninggal dunia pada tahun 1988, kira-kira 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent. Menurut anaknya, beliau dibawa pulang sehari sebelumnya setelah sebulan dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas. Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura. Tahun ini merupakan 33 tahun pemergian beliau ke Rahmatullah.

Al-Fatihah buat roh Allahyarham Aini Jasmin.  (1927-1988)

Rujukan:
Mohd Danial Abd Aziz
Repair Gambar Lama
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.