Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

 

Kejam, terlalu kejam. itulah yang mampu admin ungkapkan.BUKAN sahaja dibunuh dengan kejam, wanita yang juga tunang kepada suspek diikat sebelum dicampakkan ke dalam sebuah kolong.

Insiden mengerikan tersebut terjadi kepada Sweetha Kusuma Gatra Subardiya yang ditemui mati di bawah jambatan berhampiran Tol Semarang, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

Lebih menyedihkan, ibu tunggal berusia 32 tahun itu dijumpai orang ramai dengan keadaan sudah membusuk selepas disumbat di dalam sarung dan kakinya terikat.

Lapor Kompas, mangsa yang bekerja sebagai petugas kesihatan dipercayai menjadi mangsa cemburu oleh kekasihnya yang juga suami orang.

Sweetha dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Dony Christiawan Eko Wahyudi yang berusia 31 tahun sejak Oktober 2021 lagi.Pertalian yang rapat itu telah membuatkan si mati percaya kepada suspek untuk menjaga anaknya sejak Februari lalu.


Menurut laporan polis, Dony berjanji mahu berjumpa dengan mangsa di tepi jalan sebelum membawanya ke sebuah hotel.Sebelum itu, mangsa dikatakan sudah berkali-kali mendesak agar suspek membawa sekali anaknya.

Namun siapa sangka, pertemuan itu berakhir apabila Sweetha dibunuh di hotel tanpa perikemanusian sebelum mayatnya dibuang di lokasi kejadian.Berdasarkan laporan Kompas, suspek dikatakan cemburu melihat mangsa yang menyapa seorang lelaki ketika mereka bertemu baru-baru ini.

Bukan setakat itu, siasatan polis selanjutnya juga membongkarkan sesuatu yang mengejutkan.Lelaki durjana tersebut bukan sahaja membunuh tunangnya, malah anak mangsa juga diseksa sampai mati.

Anak Sweetha telah menjadi mangsa penderaan apabila si kecil itu tidak diberi makan berhari-hari, malah dikurung di dalam bilik hanya kerana alasan budak tersebut nakal.Bayangkan dibiarkan tanpa makan dan minum, ditambah diseksa dengan teruk tanpa perasaan belas kasihan.


Natijahnya, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia pada 20 Februari lalu dan mayatnya juga dicampak di kawasan yang sama.Itulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Paling membuatkan ramai pihak bengang, suspek dikatakan cuba mengaburi pihak polis dengan membuat laporan palsu mengenai kehilangan mangsa dan anaknya, namun tidak berjaya.Dia ditangkap polis dengan bukti yang ditemui dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara hingga 15 tahun atau seumur hidup.

Sedihnya, insan yang diharapkan untuk menjadi tempat bergantung rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia.Moga insiden yang berlaku di negara jiran kita memberi iktibar kepada semua khususnya para wanita untuk lebih berhati-hati ya.





Catatan popular daripada blog ini

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.