Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH ARTIS

Akhirnya.. zamani tamatkan zaman bujang di usia 48 tahun.

Imej
pastinya peminat zamani teruja apabila mengetahui bahawa beliau akhirnya menamatka zaman bujang bersama gadis pilihan nya.. alhamdulillah.. menurut beliau Maklumat daripada perkongsian Instagram Zamani Ibrahim Music Entertainment (Zime) milik penyanyi itu, menyatakan majlis berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga. "Dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri pada 20 September (malam tadi). "Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini. "Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada yang terguris perasaan jika majlis ini berlangsung tanpa pengetahuan mereka. Semua ini demi menghormati permintaan keluarga," luah Zamani. Tambah bekas vokalis kumpulan Slam itu, majlis resepsi akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. "Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan kami

Bapa kepada usahawan terkenal Alif syukri meninggal dunia

Imej
Menerusi update terbaru di akaun Instagram miliknya, ayah Aliff Syukri meninggal dunia kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair. berita ini disampaikan oleh setiausa beliau. Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha @muhdiqbalsani kepada Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Dato Sri telah pun kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Marilah kita mendoakan arwah di tempat kan di kalangan orang orang yg beriman.. segala jadual bisnes atau apa sahaja boleh berurusan dgn sy.. petang tadi datuk juga sempat berkongsi perasaan beliau.. antara yang dicatat ialah,  doakan abah saya.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pda abah😭😭syukri byk dosa dgn abah..Ya Allah....abah saya dtg ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2minggu di kampung... .. x telefon x apa terus dia dtg.....lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air....d

Datuk farid dibawa ke makhamah.

Imej
Hari ini datuk farid di bawa ke makhamah untuk perintah reman. Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret pada 10.35 pagi untuk prosiding reman berkenaan. Prosiding yang mengambil masa 15 minit sebelum beliau dibawa keluar pada 10.50 pagi.Turut kelihatan, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya. Ketika berurusan di kaunter terbabit,

Tampar polis, adik farid kamil terkejut dan beri penjelasan.

Imej
Datuk farid kamil ditahan di balai polis setelah menampar anggota polis di balai tersebut. Menurut Fadzil, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada pihak polis. “Apa yang saya tahu, dia bukan begitu. Saya memang terkejut apabila dia ditahan oleh pihak polis dan didakwa menampar anggota polis dan menimbulkan kekacauan dalam kalangan orang awam di dalam balai polis tersebut. “Ibu dan bapa di kampung (Alor Setar) dan mereka sudah tahu tentang hal ini. Semoga mereka dikuatkan hati untuk berdepan dengan berita mengejutkan ini,” ujar Fadzil yang juga merupakan seorang pelakon sebentar tadi.Terdahulu, menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara. Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan la