Akhirnya.. zamani tamatkan zaman bujang di usia 48 tahun.



pastinya peminat zamani teruja apabila mengetahui bahawa beliau akhirnya menamatka zaman bujang bersama gadis pilihan nya.. alhamdulillah..

menurut beliau

Maklumat daripada perkongsian Instagram Zamani Ibrahim Music Entertainment (Zime) milik penyanyi itu, menyatakan majlis berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga.

"Dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri pada 20 September (malam tadi).

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini.

"Saya sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada yang terguris perasaan jika majlis ini berlangsung tanpa pengetahuan mereka. Semua ini demi menghormati permintaan keluarga," luah Zamani.

Tambah bekas vokalis kumpulan Slam itu, majlis resepsi akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan kami," katanya.
Sementara itu, bekas pengurus Zamani, Johan Aziz yang pernah mengendalikan karier penyanyi berkenaan selama 26 tahun, mendoakan kebahagiaan mereka.

“Saya doakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah.

“Lama mereka berkawan dan inilah keputusan terbaik. Selamat menempuh kehidupan baharu," katanya.

sama2 kita doakan semoga ikatan yang dibina ini bahagianya selamanya..aamin.. cepat2 dapat anak ye..ahakks.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.