4 Hari bertarung nyawa, Aidil mangsa tikaman rakan sekerja meninggal dunia


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Aidil mangsa ditikam rakan sekerja meninggal dunia setelah bertarung nyawa sejak empat hari lalu dia yang berada didalam keadaan kritikal di ICU Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah ditikam rakan sekerja mangsa Aidil Asran menghembus nafas terakhir pada pukul 11.15pagi tadi.



Sinar Harian melaporkan seorang pekerja syarikat penghantaran yang kritikal selepas ditikam rakan sekerja empat hari lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, Aidil Asran Omar, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 11.15 pagi.
Menurutnya, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.
Mangsa disahkan telah meninggal dunia dan proses permohonan sambung reman ke atas suspek akan dijalankan.
Dengan kematian mangsa, kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa didapati cedera ditikam di dada dan bahagian kiri ketiak selain kesan cedera di tangan kanan serta dagu.
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu turut disaksikan seorang lagi rakan sekerja mangsa yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
Difahamkan sebelum itu berlaku pergaduhan di antara suspek dengan mangsa dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana masalah di tempat kerja.
Suspek kemudian bertindak menikam mangsa dengan pisau dan melarikan diri sejurus kejadian bersama senjata terbabit.

Bagaimanapun suspek yang juga penyelia di syarikat tersebut berjaya ditahan lewat petang hari sama di Seberang Perai.
Semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua berkaitan dadah dan satu jenayah.
Dalam kejadian 4 hari lalu seorang pekerja syarikat penghantaran kritikal selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh rakan sekerjanya di sebuah premis dekat Taman Symphony Garden.
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu turut disaksikan seorang lagi rakan sekerja mangsa yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain, berkata sebelum itu berlaku pergaduhan di antara suspek dengan mangsa dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana masalah di tempat kerja.
Al fatihah buat arwah..Berita lain di bawah....

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.