Tragedi Aidilfitri..2 beradik berusia 4dan 5 tahun lemas di kolam ikan terbiar

Takziah diucapkan kepada keluarga anak-anak mereka. Semoga diberikan kesabaran dan rahmat oleh Allah SWT.
Sesungguhnya semua kejadian itu adalah ketentuan dan urusan Allah SWT.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
 Kejadian lemas Pelajar PASTI AnNur, Permatang Pasir, Balik Pulau Adik Nurul Radiah (5 Tahun) dan adiknya (4 tahun) di kawasan rumah kuari belakang Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau.
 Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang mencari mereka di sekitar tapak mereka tinggal menemui anak perempuannya yang berusia 5 tahun terapung di dalam kolam terbabit.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, wanita terbabit segera memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum lelaki berkenaan tiba di tempat kejadian bagi mencari seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun.
Menurutnya, mayat mangsa kedua ditemui tidak lama kemudian dan pasukan perubatan yang tiba mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia.


Sekitar pengkebumian jenazah 2 pelajar PASTI An Nur,Permatang Pasir yang meninggal dunia akibat lemas di kolam semalam. Suasana pilu dirasai apabila jenazah dua beradik dikebumikan serentak.
Selain ibu bapa mangsa turut hadir ditanah pengkebumian Islam Sg Rusa Pn Saadiah Abu Bakar, Ketua MGP Malaysia, Saudara Mohd Fahmi Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS B. Pulau dan AJK DPPKBP serta AJK PAS Kawasan Balik Pulau.
PASTI Kawasan Balik Pulau merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu melicinkan segala urusan pengkebumian.
Al- Fatihah dan Salam Takziah.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.