Moga syurga buatmu irwan, perjalanan ke tempat kerja berakhir di jalanraya akibat pemandu mabuk

Geram admin mengikuti tentang kemalangan jalanraya yang melibatkan saudara irwan.. beliau maut di tempat kejadian angkara pemandu mabuk! tak habis2 tentang pemandu mabuk. orang yang tak bersalah menjadi mangsa.
admin teringat tentang kemalangan di pulau pinang satu masa dahulu, lebih kurang sama. pemuda balik dari tempat kerja akhirnya dilanggar pemandu mabuk yang melawan arus sehingga meninggal dunia.
Dalam kejadian 9.20 malam tadi, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Gebeng di sini, maut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu menentang arus dan secara berbahaya.
Mangsa yang beralamat di Sungai Isap Perdana di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan dada.
Siasatan awal mendapati kereta Toyota C-HR itu dipandu menentang arus sejauh lebih lima kilometer bermula dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa mengelak daripada bertembung.

Menurut Zetti Haryanti, sudah menjadi rutin setiap bulan arwah bekerja pada waktu malam mengikut jadual dan antara tugasan yang perlu dilakukan pada syif itu ialah ke depoh syarikat di Gebeng.
"Arwah seperti biasa sebelum bertolak ke tempat kerja. Arwah juga ceria semasa kami menyambut Aidilfitri di rumah ibu bapanya di Taman Guru di sini, walaupun arwah bekerja pada sebelah pagi.
"Cuma, sejak beberapa hari lalu, arwah akan terus tidur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja dan saya beranggapan mungkin arwah keletihan," katanya.
 "Saya dan anak berharap arwah suami akan memperoleh keadilan. Arwah adalah anak, suami dan bapa yang baik serta bertanggungjawab malah kejadian berlaku semasa arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga.
"Saya teringat betapa arwah bersungguh-sungguh mahu membeli rumah semasa kami berkahwin pada 2011 untuk memastikan kami mempunyai tempat berteduh yang sempurna," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
semoga isteri arwah tabah akan pemergian-Nya. admin juga menharapkan hukuman setimpal buat pemandu mabuk tersebut!

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.