Rempuh kereta yang sedang membuat pusingan U, pemuda maut di tempat kejadian.


Ajal, pertemuan, maut, semuanya ditentukan-Nya. Kita sebagai hamba mampu merancang tapi Dialah yang menentukan segalanya.Salam takziah admin ucapkan buat keluarga mangsa. semoga keluarga arwah tabah akan kehilangan orang tersayang..
Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa Mohd Anuar Abdul Rahman, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai menunggang motosikal Kawasaki Ninja 600 dari arah Kulim.

"Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona terbabit dipercayai datang dari arah Kulim Utama Fasa 2 menghala ke Kawasan Perusahaan Kulim.
"Tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa merempuh kereta terbabit yang sedang membuat pusingan U," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Yusuf berkata, akibat kemalangan, penunggang motosikal terbabit maut di tempat kejadian, manakala seorang penumpang kereta patah tangan kiri dan luka di muka.


Ramai juga yang mengucapkan takziah buat mangsa.
Al-fatihah, Salam takziah buat keluarga sahabat.
Semoga tenang di sana, Semoga di permudahkan segala urusan-Ct Hazalina
Alfatihah untuk abang member .. Aque Tasha … Semoga arwah abang tenang di ditempatkan dikalangan orang beriman .. Amin – Achu Bongsu


Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman




Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.