Status IG salah seorang pramugari Lion Air JT 610 .Doakan yang terbaik buat semua mangsa.

Pagi ini kita digemparkan dengan pesawat lion air yang terhempas di lautan. Status salah seorang pramugari Lion Air JT 610 dipercayai terhempas ke laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pagi tadi tular di media sosial.

Menerusi Instagram peribadinya, Alviani Hidayatul Solikah menulis 'it's dark inside, i want save that light'.

Status itu dimuat naik tiga hari lalu dengan memperlihatkan dia sendirian di tengah-tengah sinaran cahaya lampu dikelilingi kegelapan.

Memetik DetikNews, Alviani Hidayatul yang berasal dari Jawa Timur merupakan salah seorang pramugari pesawat malang tersebut.

Rata-rata rakan dan netizen memenuhi ruang maklum balas dengan menzahirkan ucapan takziah kepadanya.

Netizen, Julistyoip mendoakan Alviani dibawah lindungan ALLAH SWT.
Bagi, Rorisrei pula menyatakan, 'ALLAH will save the light for you and bring you out from the dark'. Al - Fatihah.

Enam krew kabin disenaraikan Lion Air ialah Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikah, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula manakala juruterbangnya Kapten Bhavye Saneja dan pembantu Harvino.

sama2 kita doakan semoga mereka selamat dan di dalam Jagaan -NYA...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.