Digilis bas, Gadis jelita maut.

Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.
Lagi satu bulan sijelita adik Maizatul akan mengambi peperiksaan SPM untuk tahun 2018 yang dijadualkan pada pertengahan november ini.
Namun hasrat dan keinginan nya tidak kesampaian apabila dia dijemput ilahi bila motosikal yang dibonceng nya bersama rakan sebaya telah terlibat dalam kemalangan di kilometer 69, Jalan Teluk Intan- Klang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang berhampiran Tali Air 8, Sungai Leman itu, mangsa, Maizatul Maiza Mohd Jalil, 17, yang membonceng Yamaha Lagenda 110 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Manakala rakannya, Nurul Natasha Sukari, 17 mengalami cedera di tangan kanan dan kedua dua kaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian berlaku apabila kedua remaja itu dan pemandu bas berada dari arah sama dari Sungai Besar menghala ke Sekinchan.

“Sejurus tiba di lokasi, penunggang motosikal mengubah haluan dari lorang kiri ke lorong kanan berikutan lorong itu ditutup kerana kerja menaik taraf jalan.

“Penunggang yang menyedari kehadiran bas cuba menukar haluan semula ke lorong kiri namun gagal,” katanya.

Chee Khoon berkata, motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan plastik lalu terjatuh di sebelah kanan jalan sebelum digilis tayar belakang bas itu.

Menurutnya, mayat mangsa yang berasal dari Taman Cahaya, Sungai Besar kemudian dibawa ke Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk bedah siasat.

“Manakala pemandu bas yang merupakan lelaki berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, apa yang berlaku mengudang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali maizatul yang disifatkan mereka seorang insan yang sangat baik dan disenangi rakan-rakan.

Tidak disangka hasrat membonceng bersama rakan adalah perjalanan terakhir maizatul dia pergi buat selamanya dijemput ilahi semoga keluarganya tabah dengan dugaan ini. Sama2 kita sedekahkan Al fatihah buat mangsa yang terkorban. Al fatihah....

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.