Kehilangan 2 anak syurga sekaligus, besar dugaan buat keluarga ini.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.sedih dan pilu apabila dua adik beradik maut dalam kemalangan .pasangan suami isteri ini hilang 2 orang anak kesayangan mereka sekali gus dalam kemalangan yang menimpa mereka malam tadi



Dua adik beradik ini maut selepas tercampak keluar daripada kereta jenis Honda City dinaiki bersama ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Beserah, berhadapan Petronas Bukit Pelindung di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.10 malam itu, dua beradik berkenaan, Nur Afina Safiya Mohd. Helmiardi yang berusia 11 bulan dan kakaknya, Nur Nailah Al Farafisha, 2, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pemandu kenderaan yang juga ayah kanak-kanak itu, Mohd. Helmiardi Nosaha, 29, cedera di bahagian dada manakala isterinya, Nor Yumni Yahya, 24, patah kedua-kedua belah kaki dan dirawat di HTAA.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku, apabila kereta dipandu Mohd. Helmiardi dari arah bandar Kuantan menghala ke Balok.

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai kereta terbabit hilang kawalan lalu terbalik melanggar tiang lampu di tengah-tengah penghadang jalan semasa melalui jalan yang berlompak.

“Akibat kemalangan terbabit, kesemua mangsa dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan. Pukul 12.30 tengah malam, dua kanak-kanak yang sedang menerima rawatan meninggal dunia di wad kecemasan HTAA,” katanya di sini hari ini.

Al fatihah dan takziah buat keluarga ini. besar dugaan buat mereka. Semoga mereka tabah akan ujian berat yang menimpa.


Pelbagai lagi berita di bawah -------------------->>>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.