Penyanyi bersuara 'emas' Saleem Iklim meninggal dunia

Pagi ini kita digemparkan dengan pemergian penyanyi kesayangan ramai iaitu saleem iklim yang telah meninggal dunia.

Perkara ini disahkan oleh isterinya Juriah@Julia Bachok kepada Harian Metro.
Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed, 56, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Kemalangan berlaku pada 3.20 petang apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang menghala ke Cheras dilaporkan terbabit kemalangan dengan kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Ketika kejadian, pemandu kereta dilaporkan cuba membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga di Plaza Tol Batu 11, sebelum sisi kiri bahagian hadapan keretanya dirempuh oleh motosikal Saleem.

 Jenazaah Saleem yang ketika jni masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Al fatihah. sama2 kita mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiin........

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.