Disambar Buaya ketika memancing, Mayat wanita ditemui.

 

Mayat seorang wanita dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan Sabah sudah ditemui hari ini.

Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 6.35 minit pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Balai Polis dan Penyelamat (BPP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin apabila penduduk kampung yang menyertai SAR terdengar bunyi pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

 Pun begitu, tubuh mangsa ditemui dalam keadaan kurang sempurna dan dilaporkan mangsa ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi disambar buaya.


 

Difahamkan mayat mangsa kemudiannua di bawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan disambar buaya ketika memancing di di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan. Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba disambar reptilia berkenaan dan dibawa ke dalam air lalu hilang.


 

Menurut sumber, mangsa dipercayai mahu menyelamatkan ibu daripada disambar buaya selain kawasan itu merupakan lokasi tumpuan penduduk setempat untuk memancing lebih-lebih lagi ketika air sungai pasang.

 

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.