Anak Derita sindrom Antley Bixler sejak lahir, semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.

 

Luluh hati pasangan muda ini apabila melihat penderitaan yang terpaksa dilalui oleh anak sulung mereka selepas disahkan menghidap sindrom Antley Bixler sejak lahir.

Walaupun sudah berusia dua tahun, Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif masih tidak boleh bercakap serta melakukan perkara normal sepertimana kanak-kanak seusianya.

ketika bayi..


Susulan itu, Mohd Hasif Mohd Hafdi, 29, dan isteri, Nor Akma Aini Aznee, 26, perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak sulungnya itu berbanding adiknya, Nur Hana Afeeya yang berusia lima bulan.

Kami memang fokus kepada Muhammad Hafiy 24 jam kerana sukar untuk mengetahui dia menangis, sakit atau lapar kerana ia tidak kedengaran.

"Lebih membimbangkan masalah utama Muhammad Hafiy adalah apabila menangis, akan berlaku tekanan kuat pada kepalanya dan ia menyebabkan matanya keluar daripada soket," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, bagi meredakan kesakitan yang terpaksa ditanggung, Muhammad Hafiy perlu menjalani pembedahan membetulkan tulang tengkorak.

Katanya, jika pembedahan tidak dilakukan ia akan memberi risiko sehingga boleh merosakkan dan menjadikan mata buta.

Dia dan isteri sudah tidak sanggup melihat kejadian mata anak sulung mereka itu terkeluar daripada soket.

Sama2 kita doakan kesihatan dan kesembuhan buat anak kecil ini.. amin...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.