‘Tak Sibuk Cari Pengganti’, tapi "sibuk" Cipta Kejayaan Di UK, Ibu Tunggal Hebat

Luar biasa semangat ibu muda bernama Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee ini.

Selepas menunggu dua tahun, selebriti media sosial Farah Lee akhirnya dapat meraikan hari konvokesyen pada sebuah majlis graduasi di University of Leeds, United Kingdom.

Menurut Farah, penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 menjadi berbaloi apabila dia menggenggam Sarjana (MA) Pendidikan Kanak-Kanak.

Lebih bermakna, ramai insan tersayang hadir meraikan kejayaannya. Bukan hanya ibu dan adik-beradik malah kenalan rapat turut meluangkan masa bersama-sama wanita hebat itu.

Wanita berusia 30 tahun itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya Maream Esabel apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing.

Susah senang bersama anak, demi tuntut ilmu


“Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang yang mereka kenali, gaya hidup selesa; demi ilmu.

“Dunia baru, wajah baru, kehidupan baru. Kenangan, keringat, air mata, kesakitan, senyuman, tawa dan kasih sayang, semuanya membuatkan ia menjadi hari terindah!,” katanya yang mesra dipanggil Omma.

Bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen Ally Iskandar itu berkongsi kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa posting di laman ḭnstagram.


Selain itu, dia yang juga pemilik butik Omma & Esabel membuat dedikasi istimewa buat Maream yang sentiasa sabar dan menyokong ibunya dalam usaha menuntut ilmu sehingga menamatkan pengajian.

Terima kasih anakku
Alhamdulillah Maryam, kita berjaya lakukannya! Terima kasih atas kesabaran dan sokongan kamu sejak hari pertama kita berada di sini. Ketika itu, kamu masih kecil tetapi sangat memahami, suka menolong dan tabah.

Saya tahu, ia bukan perkara mudah bagi kamu. Kamu sangat gembira dan menunggu hari graduasi saya. “Omma, hari ini hari awak” dan kejayaan ini adalah untuk kamu Maream. Batik yang sama ketika ‘degree’ di Korea Selatan.” ujarnya

 Selain berjaya menggenggam Master di UK, pada tahun 2013 lalu dia juga sudah berjaya menamatkan pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Inha University, Korea Selatan.

Semoga kisah kejayaan insan hebat yang bergelar ibu tunggal ini menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita di luar sana.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.