Selama 10 tahun menanti zuriat, suami meninggal tak sempat melihat anak yang bakal dilahirkan.

 

Berat mata kita yang memandang, berat lagi ujian buat sis ini. Admim doakan semoga sis tabah dan semoga semuanya dipermudahkan.Al fatihah buat suaminya

Seperti perkongsian seorang wanita cekal dikenali sebagai Laila menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.

Bagaimanapun, wanita ini sekali lagi diuji apabila suaminya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat melihat zuriatnya selepas penantian yang begitu lama.


 

Tinggalkan mama bersama zuriat yang bakal lahir bulan 3 nanti. Zuriat yang kita nantikan selama 10 tahun.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan Allahyarham suaminya begitu gembira selepas mengetahui dirinya mengandung namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda.

Sempat buat details dan scan zuriat kita dan bayi itu lelaki. Papa gembira sangat tapi papa tak sempat jumpa bayi kita. Ya Allah tabahkanlah hatiku demi zuriat yang bakal lahir nanti. Sedih sebab perlu hidup sendiri dengan anak dalam kandungan.

Difahamkan, Allahyarham dikenali sebagai Mohd Ikram bin Bakri meninggal dunia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan Al-Fatihah buat Allahyarham suaminya.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.