Kisah Wayan Mirna, Dibunuh dengan cara ‘yang tak disangka’ oleh rakan baik sendiri.

 

Siapa Wiyan Mirna(mangsa) 

Wayan Mirna Salihin berusia 27 tahun dibesarkan di Jakarta, Indonesia. Mirna mempunyai seorang adik kembar yang dikenali dengan nama Made Sandy Salihin. Memang tidak dapat dinafikan, kedua-dua mereka memiliki wajah yang hampir sama. Mereka berdua merupakan anak kepada pasangan Ni Ketut Sianti dan Edi Darmawan Salihin.

Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan dan memiliki beberapa perniagaan di Jakarta. Boleh dikatakan, Mirna dilahirkan dari keluarga yang agak kaya. Menurut sumber, Mirna dikatakan telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan salah satu perniagaan bapanya itu.

Wayan Mirna Salihin dan Jessica Kumala Wongso(pembunuh) sudah lama mengenali antara satu sama lain. Malah mereka juga merupakan sahabat baik. Perkenalan mereka bermula semasa masing-masing bergelar pelajar univerisiti di Australia, Namun, setelah menamatkan zaman belajar, Jessica masih menetap di negara berkenaan manakala Wayan Mirna dan teman lelakinya iaitu ­­­Arief Soemarko telah pulang ke kampung halamannya di Indonesia.

Difahamkan, Mirna dan Arief sudah menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun sejak di zaman belajar lagi. Pada 28 November 2015, Mirna dan Arief telah disatukan sebagai suami isteri. Tetapi malangnya, Mirna hanya sempat menjadi isteri kepada Arief dalam tempoh yang agak singkat sahaja iaitu hanya selama 38 hari sahaja.

Hal ini kerana, pada 6 Januari 2016, Mirna disahkan meninggal dunia. Berita kematian Mirna bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan tetapi seluruh warga Indonesia.


Jessica Kumala Wongso. Menurut penjelasan Jessica, sebelum kejadian dia sudah berada di Grand Indonesia pada jam 2 petang dan telah berjanji untuk bertemu dengan tiga orang lagi rakannya iaitu Mirna, Hani dan Vera sekitar jam 5 petang.

Setibanya di sana, Jessica secara bersendirian telah menuju ke Kafe Olivier yang juga merupakan kafe pilihan Mirna. Dia kemudian telah menempah satu meja bernombor 54. Selepas itu, Jessica berjalan mengelilingi pusat membeli belah dan membeli cenderahati untuk ketiga-tiga rakannya itu.

Selepas selesai membeli, sekitar jam 4 petang, Jessica telah kembali semula ke kafe tersebut untuk memesan minuman. Difahamkan, Jessica sudah menghantar mesej di Group WhatsApp mereka dan bertanya kepada Mirna dan Hani mengenai menu minuman yang ingin dipesan mereka.

 Namun, tidak lama selepas itu, minuman yang pertama sekali dihantar oleh pelayan ialah minuman milik Mirna iaitu Kopi Ais Vietnam,Selepas Mirna meminum kopi itu, dia mengatakan bahawa rasa kopi tersebut agak aneh.Mirna turut meminta air kosong dan Jessica telah bertindak memesan air tersebut kepada pelayan dan Hani pula sedang membelek-belek menu minuman yang lain sebagai ganti.



 Selepas itu jessica dan hani melihat mirna dalam keaadaan yang mencemaskan, eperti hampir mati. Jessica dan Hani yang panik cuba menyedarkan Mirna dan meminta bantuan pelayan di kafe tersebut. Mirna kemudian diletakkan di atas kerusi roda dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

 menerusi rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di Kafe Olivier pula, Jessica telah tiba di kafe untuk menempah meja sambal dilayani oleh seorang pekerja di situ. Berdasarkan rakaman CCTV, kelihatan Jesscia cuba mengintai meja tersebut sebelum meninggalkan kafe. Jessica kemudian telah berjalan di pusat membeli belah dan membeli cenderahati buat Mirna dan Hani.

 Dia kemudian membuat pembayaran di kaunter. Pada awalnya Jessica duduk di bahagian paling kiri kemudian dia menukar tempat duduknya di bahagian tengah iaitu sebaris dengan CCTV yang dihalang oleh tanaman di kafe tersebut. Walaupun begitu, pergerakan tangan Jessica masih kelihatan


Pada jam 4:29 petang, rakaman CCTV menunjukkan Jessica seperti mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya. Dia kemudian memindahkan kopi yang berada di hadapannya ke hujung meja iaitu sejajar dengan beg kertas tersebut. Selepas itu, Jessica mengambil semula ketiga-tiga beg kertas itu dan meletakkan di belakang sofa.

50 minit kemudian iaitu sekitar jam 5:17 petang, Hani dan Mirna telah tiba di kafe tersebut. Selepas berpeluk-pelukan, Mirna yang duduk di antara Jessica dan Hani telah meminum Kopi Ais Vietnam yang dipesannya itu. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila Mirna mengadu bahawa rasa air kopi tersebut agak pelik dan tidak sedap.

Hani pula kelihatan telah mencuba merasa sedikit kopi tersebut dan agak terkejut kerana rasanya yang pelik. Hani kemudian membelek menu lain di buku menu sementara Jessica pergi meninggalkan mereka untuk memanggil pelayan. Mirna kemudian tersandar pada sofa dan tidak sedarkan diri. Orang ramai segera membantu membawa Mirna menggunakan kerusi roda ke klinik yang terletak di dalam pusat membeli belah tersebut. Mirna kemudian disahkan meninggal dunia.


 Hasil daripada bedah siasat mendapati perut Mirna mengalami pendarahan disebabkan zat korosif yang berasal dari racun Sianida. Kandungan racun tersebut telah merosakkan mukosa perut. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan sampel kopi yang diminum oleh Mirna dan mendapati terdapat 15 gram racun Sianida di dalamnya. Pihak polis juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian Mirna.

 enurut laporan tempatan, Jessica dikatakan terlalu cemburu dengan kehidupan dan kebahagian Mirna. Malah ada yang mendakwa, Jessica terasa hati kerana dia tidak dijemput ke majlis perkahwinan Mirna dan Arief. Bukan itu sahaja, dia dikatakan marah dengan kawan baiknnya itu kerana Mirna pernah mengkritik teman lelaki Jessica dan meminta Jessica memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

Selepas menjalani beberapa persidangan, Jessica akhirnya terbukti bersalah meletakkan racun sianida seberat 15 gram ke dalam kopi Mirna. Pada 27 Oktober 2016, Jessica Kumala Wongso dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.

 

 

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.