Banduan Paling Ceria Menunggu Kematian Joe Arridy

 

Beliau dilahirkan pada 29 April 1915 merupakan warga Amerika Syarikat.Beliau dijatuhi hukuman mati melalui kaedah 'Gas Chamber' iaitu menggunakan semburan gas beracun sehingga mati.
Namun ramai orang percaya bahawa beliau tidak bersalah kerana beliau sejak dilahirkan lagi memang mempunyai masalah mental serta mempunyai tahap rendah IQ hanya 46 (setara dengan tahap pemikiran anak kecil yang berusia 6 tahun) .Beliau ditangkap kerana disabitkan bersalah merogol & membunuh seorang budak perempuan berusia 15 tahun pada tahun 1936.
Satu perbicaraan telah diadakan untuk mengesahkan kewarasan Joe, namun peguam Joe tidak berjuang sama sekali berkenaan tahap kesihatan mental Joe yang tidak dapat membezakan yang mana satu fakta dan salah. Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa Joe dihukum mati pada tanggal 6 Januari 1939.

Diakhir hayatnya,beliau hanya berhajat makan ais krim.Tetapi beliau tidak sedar bahawa itulah makanan terakhirnya.Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria serta murah dengan senyuman.Budi baik Joe disenangi oleh semua banduan & warden sehingga beliau menerima hadiah berupa mainan kereta api oleh salah seorang anggota warden.
Pada saat akhir hukuman dilaksanakan,Joe sempat memberi mainan kereta api kesayangannya kepada rakan sel tanpa menyedari bahawa beliau akan dihukum mati.Apabila disoal akan hukuman itu,beliau kelihatan bingung & tidak mengerti apa yang berlaku.Joe melangkah ke bilik hukuman dengan wajahnya yang tersenyum.
Pada tahun 2011, Governor Colorado telah menganugerahkan pengampunan selepas mati iaitu 'Posthumous Pardon' kepada Joe & mempercayai bahawa beliau tidak bersalah & telah menjadi mangsa kepada undang undang yang tidak sistematik pada waktu itu. 
Pada akhir cerita,warden penjara mengatakan... "The man you kill tonight is six years old. He has no idea why he dies"...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.