Kereta hilang kawalan, Isterinya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital

Ajal, pertemuan, maut, semuanya ditentukan-Nya. Kita sebagai hamba mampu merancang tapi Dialah yang menentukan segalanya.Besar dugaan buat keluarga ini apabila si suami kehilangan isteri tercinta dalam kemalangan.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Mohd Azraf Mat Zin, 33, memandu kereta yang turut dinaiki isterinya, Nur Amira Syuhada Shahrom, 28, dua anak, Nur Khaira Madina, tiga, dan Mohd Aqif Zamani, 11.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, berkata mereka dipercayai dalam perjalanan dengan PERODUA Viva dari arah Jalan Kampung Pengkalan Baru ke Jalan Kampung Sungai.
Bagaimanapun, kereta terbabit hilang kawalan akibat jalan licin selepas hujan di tempat kejadian dan meremp[uh papan tanda dan pokok.
Mangsa wanita terbabit meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bachok.
Mangsa lelaki itu pula dan dua anaknya kini dirawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.c
ukup sedih apabila teringatkan anak2 yang kehilangan ibu tercinta tambahkan pula hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi.
pasti raya tahun ini tidak seperti raya2 yang sebelumnya.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Al Fatihah.




Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.