Aku tak pernah melihat dia menangis , tapi hari itu ayah menangis teresak-esak kerana mak


Ajal, pertemuan, maut, semuanya ditentukan-Nya. Kita sebagai hamba mampu merancang tapi Dialah yang menentukan segalanya.setelah segalanya diharungi bersama sekian lama, pasti kehilangan orang tercinta membuat kita berasa teramat sedih.
kisah yang dikongsikan dapat membuka banyak mata, yang cinta bukan hanya di bibir, tapi keikhlasan hati adalah segala-nya..
Orang lain tak melihat tapi aku yg menyaksikan bertapa dia cintakan isteri dia.
Ya memang kami adik beradik yg jaga Mak tapi kami xkan lupa pada Ayah yg slalu ambil berat pasal Mak walupun dia sibuk kerja kalau dia ada masa dia yg akan uruskan Mak,Makan pkai Mak dia yg siapkan mcm mna Mak menjaga Ayah selama Mak sihat mcm tu laa Ayah jaga Mak masa Mak sakit.

Sungguh dia terlalu sygkan isteri dia walaupun isteri dia dah xsempurna dia tetap syg jaga dan ambil berat xpeduli pun apa org kata pasal dia sebab dia tahu siapa yg ada ketika susah dan senang.
Tiap kali pegi kerja mesti tnya Mak nk makan apa,cium pipi Mak smpai Mak malu dah tua2 pun nk manja2 lagi tapi dia xpernah peduli sbb itu cara dia tunjukkan kasih syg pada isteri dia.
Mungkin orang melihat aku org pertama yg sedih bila Mak dah xde tapi mereka lupa pd suami yg bersama dia lebih 35 tahun susah dn senang membesarkan 11orang anak.
Aku tak pernah melihat dia menangis tapi haritu pertama kali dalam hidup aku,aku melihat dia menangis teresak-esak kerana Mak.
Dia bacakan yassin dia yg ajar Mak mengucap dia pegang tangan isteri dia smpai akhir hayat.
Masa dalam van jenazah pun mcam tu dia peluk je keranda Mak xlepas sambil bacakan yassin untuk Mak.
Lepas Mak dikebumikan Ayah pesan pd kami adik beradik “Nanti bila Ayah dah xde kebumikan Ayah sebelah Mak ,Ayah nk duduk dekat dgn Mak”.
Sungguh kasih seorng suami pd isteri dari isteri dia sihat sakit smpailah isteri dia dah xde tetap dia sayang.
Semoga Syurga menyatukan kalian kembali..


Aamiin ..
Mak pesan: “bila sygkan seseorng syglah dgn sepenuh hati terimalah sdikit keburukkan dia kerana seribu kebaikkan yg pernah dia lakukan”. .


 Jangan salah faham Cikjah bukan nk menagih simpati Cikjah cuma nak menceritakan apa yg orang xnampak tapi kami adik bradik nampak kasih syg mereka selama ini..Doa Suami serta Anak2 sentiasa ada untuk Mak..Terima kasih kerana menjadi Isteri serta Mak yg terbaik untuk kami❤️❤️.
Al-Fatihah..
18/3/20
Berehatlah Bidadariku.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
 



Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.