Rider food panda maut kemalangan.Semoga syurga tempatmu anak muda.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Seorang rider food panda maut kemalangan. menurut abang ipar mangsa.

Terjawablah sudah perancangan Allah. Disebalik kegelisahan dan kemurungan yang aku alami rupanya petanda mahu disampaikan.
Keinginan aku untuk balik ke Kelantan dan berada di samping anak isteri pada ketika PKP sangat memuncak sejak 2-3 hari lalu, sampai aku tak senang duduk, hilang fokus, tak keruan jadinya.
Tapi apakan daya semua jalan seolah tertutup.
Akhirnya Allah hantar aku balik, dengan cara ini. Bersama van jenazah. dan jenazahnya tidak lain Adik Ipar aku sendiri. 😣😣 adik ipar yg tinggal serumah dengan aku sejak beberapa bulan lalu. Since wife balik kampung, aku tinggal berdua dengan dia.

Pagi tadi arwah accident masa keje (food panda) meninggal di tempat kejadian. Luruh jantung pagi tadi, kawan arwah datang rumah cakap "bang, ada berita buruk nak bgtau".
Baru semalam kami makan sekali. dan sekarang aku keseorangan dalam van jenazah ini menemani dia balik kampung.
sedekahkan al fatihah kpd arwah Muhammad Nabil Bin Mohamed Salahimi. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.
Di saat perintah kawal pergerakan kau mencari sedikit rezeki dan berkhidmat untuk masyarakat. Sungguh kuat semangat kau dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan kau dijemput tuhan.
Ya ALLAH kau ampunilah segala dosanya..kau tempatkan dia dikalangan orang² yang beriman.
Al-fatihah (dibaca)
MUHAMMAD NABIL BIN MOHAMED SALAHINI
M1893
Kes kemalangan maut ini dikatakan berlaku di Damai Utama, Puchong, Selangor pagi tadi.

 Salam takziah.
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
AlFatihah


Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.