Rayu bantuan untuk susu dan perubatan suaminya yang terlantar sakit selama 2 tahun, sama2 kita bantu jika berkemampuan.

Harga untuk membeli susu dan barang keperluan untuk menjaga suaminya bukan murah. ketabahan isteri ini atau lebih dikenali sebagai Che gayah patut dipuji.Bagi Che Gayah tiada apa yang dapat mengembira kan hatinya selain melihat suaminya yang menderita sakit stroke sejak hampir dua tahun lalu kembali sihat.
Namun dia redha dan pasrah dengan apa yang menimpa suaminya, sebagai isteri dia tidak pernah jemu untuk berikhtiar demi suaminya termasuk menguruskan dia yang terlantar sakit hampir dua tahun.
Suaminya Roslan Ismail,54 ,mula dimasukakan kewad Hospital Selayang pada oktober 2018 akibat pendarahan dalam kepada, pembedahan terpaksa dilakukan bagi membuang darah beku dalam kepala dan sejuk itulah kesihatannya mula merosot setelah diserang stoke.

 Namun sehari demi sehari kos perubatan suaminya semakin meningkat sehingga mencecah RM2000 sebulan, kini dia hilang punca pendapatan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa oleh kerajaan sejak 18 march lalu, jadi dia bernekad ingin merayu sedikit sumbangan bagi meringankan beban perubatan suaminya.
Che Gayah menulis melalui laman facebooknya ” Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada warga fb sekalian .
Saya Che Gayah isteri kepada Roslan Ismail, Disini ingin meminta sedikit bantuan daripada anda semua untuk suami saya yang menghidap sakit stroke (sebelah kanan ) yang sudah hampir 2 tahun .
Suami saya telah membuat operation dikepala dimana dia perlu membuang sebelah rangka kirinya kerana darah dikepalanya sudah beku.

Manakala suami saya juga sudah menjalani operation di leher untuk pernafasan yang lebih baik , dia juga memakai tiup dihidung untuk memberi susu kerana dia tidak boleh makan apa apa melalui mulutnya kerana suami saya ada tebuk di tekak .
                                                             GAMBAR TERKINI
Disini saya ingin memberitahu bahawa saya memerlukan bantuan dari segi susu , pampers , tisu basah / kering . Wang pembelanjaan suami saya pada setiap bulan sekurang – kurangnya rm2000 untuk membeli peralatan – peralatan yang di perlukan . ( Contoh : menukar tiup dihidung pada setiap bulan )
Sekiranya anda ingin memberi sumbangan anda boleh bank in ke akaun ini 👇
• 112503080013 • ( MAYBANK )
CHE GAYAH BT HARUN
• Hulurkan tangan 🙏 , ringankan beban 💪
• Kita tolong orang , insyaallah orang tolong kita balik 👐
• Tiada paksaan , bantu dengan seikhlas hati 😇
Sama2 lah kita bantu dan doakanlah semoga suaminya kembali sembuh dan segala urusan keluarga ini dipermudahkan .Aamiin..

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.