peringatan daripada Allah untuk sentiasa mengingatinya- Pesakit Covid-19-

Adnan adalah salah seorang dari ribuan yang positif COVID-19. kita ikuti kisahnya yangboleh memberi panduan buat kita di luar sana.Menurut Adnan, simptom yang dialaminya itu berpunca selepas bersalaman dengan saudara yang positif ketika majlis akad nikah abangnya.
Jangan ambil ringan ya guys. Jangan berhimpun di luar. Jangan suka keluar. Dah kena tak boleh keluar.Doakan saya ya. Siapa ada contact dengan saya sebelum ni kalau ada simptom boleh pergi ke hospital.Punca saya positif disebabkan ada contact dengan orang yang positif COVID masa majlis akad nikah abang saya.Ambil serius sebelum serius datang sendiri," kongsinya di Instagram (IG) miliknya.
 Adnan turut mendedahkan ahli keluarganya sudah 10 orang yang dijangkiti COVID-19.
Perkembangan terkini, 10 orang positif. Seorang sedang sarat mengandung dan seorang lagi ada tiga orang anak kecil.Bayangkan betapa senangnya virus ni merebak. Kerana 1 orang, 10 orang dah pasti positif sekarang, " tulis Adnan.
Mulanya, saya tinggal di wad bersama isteri yang turut positif Covid-12 tetapi hanya untuk dua hari kerana dia dibenarkan pulang selepas disahkan bebas jangkitan wabak itu.
Kemudian, saya dipindahkan ke bilik lain bersama tiga pesakit Covid-19 dan berada di situ selama dua hari sebelum dipindahkan ke lagi satu bilik untuk menunggu keputusan ujian sebelum dibenarkan pulang.
Jujurnya, rasa untuk keluar dari wad memang membuak dan kecewa apabila keputusan ujian kekal positif tetapi situasi itu membuatkan saya tersedar pentingnya berdoa selepas berikhtiar kerana hanya Dia dapat menyembuhkan penyakit saya.
Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, sepanjang berada di wad, dia diberi makanan berkhasiat ditentukan pakar nutrisi hospital.
Katanya, masa yang ada juga digunakan untuk melakukan senaman ringan dan beribadat.
Ini kali pertama saya ditahan di wad dan lapan hari itu satu tempoh yang panjang lebih-lebih lagi kerana tiada ahli keluarga atau rakan dibenarkan menziarah.
 Biarpun sudah dibenarkan pulang, Adnan enggan terlalu gembira kerana disyorkan doktor untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula hari ini diikuti dengan dua ujian saringan untuk tempoh dua minggu berikutnya.marilah kita ambil iktibar dan sama2 kita hapuskan COVID-19 ini di malaysia. Bagaimana? #stayathome

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.