Menteri kesihatan,KKM mengucapkan takziah buat DR Noranisah sekeluarga. Meninggal dunia ketika berbakti kepada negara.

Besar pengorbanan seorang doktor, semoga keluarga arwah tabah akan kehilangan insan yang amat baik dan banyak berbakti untuk negara.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa bersama tujuh lagi individu lain dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang untuk menjalankan urusan rasmi.
“Dukacita dimaklumkan sebuah kenderaan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai telah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan urusan rasmi menghantar pasukan lawatan pakar pembedahan ke Hospital Gua Musang pagi tadi.

“Selain daripada pemandu kenderaan, penumpang terdiri daripada seorang pakar pembedahan, tiga pegawai perubatan Jabatan Pembedahan, dua pegawai perubatan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi serta anak kepada salah seorang pegawai perubatan yang berusia sembilan bulan.
“Salah seorang pegawai perubatan iaitu Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak beliau meninggal dunia di Hospital Gua Musang. Pemandu dan penumpang lain selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan polis.
“Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Dr Nooranisah.“Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya
Menteri kesihatan malaysia turut mengucapkan takziah 
Saya baru sahaja beberapa minit yang lalu dimaklumkan mengenai berita kemalangan maut yang melibatkan “team” petugas perubatan dari Hospital Kuala Krai. Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.
Pegawai Perubatan O&G,  Almarhumah Dr. Nooranisah Bt Mohd Razali meninggal dunia di tempat kejadian bersama bayi beliau.
5 orang pegawai perubatan yang lain dan pemandu dilaporkan selamat. 
Saya mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh Almarhumah.
Al-Fatihah.
YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba
Menteri Kesihatan Malaysia
sama kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamin.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.