Bawak teksi demi besarkan anak2, sehingga anaknya kini bergelar doktor


Siapa yang tidak kenal dengan Mr. os. seorang pelawak yang selalu menghiburkan kita dengan telatahnya. Pasti kita semua merindui akan lawak yang telah dipersembahkan arwah. kita bawa kata2 anaknya hasil didikan arwah .Selepas empat tahun allahyarham Mr. Os dijemput ilahi, kini anak perempuannya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah kedoktoran di Mesir.
Raut manis wajah anak pelawak terkenal itu telah mencuri tumpuan ramai apabila kejayaannya telah mendapat perhatian ramai.
Menurut Syafiqa, sewaktu ayahnya masih hidup ayahnya sentiasa berpesan kepadanya untuk menjadi seorang doktor yang baik serta menyumbang bakti kepada masyarakat demi Allah.
Nasihat arwah ayahnya sentiasa menjadi pemangkin semangat untuknya. Mengimbau kembali detik ketika Mr. Os pergi menghadap Ilahi, Syafiqa ketika itu sedang berada di Mesir namun sebaik mendapat berita kematian ayahnya dia tidak dapat pulang kerana tiada penerbangan ke Malaysia pada ketika itu.
"Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.

"Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
sama2 dalam kesempatan ini kita berdoa semoga arwah Mr Os ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
 
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
AlFatihah

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.