Arwah pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan-Isteri mangsa Covid 19



Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.eorang anggota Polis berpangkat Inspektor meninggal dunia 9.35 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur merupakan korban ke 24 C0V1D19.

Inspektor Mohd Fairos Saberon mula disuspek C0v1D pada 22 Feb 2020 dan didalam tempoh pemantaun sehingga 22 march 2020 iaitu selama 1 bulan.
Namun dia disahkan positif C0V1D19 dan kesihatan makin merosot terpaksa dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada 21 march yang lalu.
 Ramai rakan rakan Puan Aiza dilaman sosial terkejut dengan berita pemergian suami kepada Puan Aiza iaitu Tuan Fairos malam tadi.
Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas.
“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.
“Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.
Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan.
“Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.
“Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.antara pesanan terakhir yang diingati Aiza ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),”
Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang pada 4 pagi tadi.
 Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al fatihah buat negarawan Malaysia.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.