Pergi kerja terus tidak pulang2, sudah ditakdirkan begitu saya reda -bapa mangsa-


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.

Sudah takdir Allah SWT begitu dan saya reda, kata Azmi Omar, bapa kepada pembantu juruteknik pemasangan komponen kapal terbang yang ditemui lemas di kawasan anak sungai di Solok, Tangkak, hari ini.
Kehilangan Nurfarahida Azmi, 23, disedari keluarganya, selepas wanita berkenaan dilaporkan tidak pulang ke rumah, selain dimaklumkan tidak hadir bekerja oleh majikannya, pagi semalam.
Pencarian selama 24 jam berakhir apabila mayat wanita terbabit ditemui seorang pekebun bersama motosikal di kawasan itu pada 8 pagi hari ini.
Difahamkan insiden berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum kenderaan dinaiki terbabas dan terjatuh ke kawasan cerun di situ.


Arwah bertugas sebagai pembantu juruteknik pemasangan komponen kapal terbang dan mempunyai dua adik berusia 19 dan 12 tahun, katanya ditemui di Kampung Melayu Batu 19, Tangkak, hari ini.
Menurutnya, seramai 30 ahli keluarga, saudara mara, rakan dan jiran tetangga membantu mencari Nurfarahida.
Katanya, mereka berpecah menaiki motosikal dan kenderaan masing-masing bagi mencarinya di sekitar lokasi laluan ke Muar, Jasin, Bemban dan Batu Berendam.
Isteri, Shamsiah Zahar, 45, tidak melelapkan mata kerana menanti dengan penuh debaran dan berharap usaha pencarian berhasil.
Malah, isteri turut dihubungi majikan anak pada 8.30 pagi semalam selepas dia tidak bekerja dan beranggapan arwah terlewat hadir,katanya.
Menurutnya, usaha turut dilakukan dengan menyebarkan maklumat kehilangan arwah anaknya itu menerusi platform media sosial.
Katanya, mereka kami turut memuat naik gambar topi keledar merah dan motosikal Demak berwarna oren putih menerusi aplikasi WhatsApp.
Maklumat itu dikongsi kepada kenalannya dan memaklumkan anak tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan dan mohon bantuan menjejakinya.
Kami sekeluarga mendapat maklumat penemuan arwah pada 8 pagi tadi.
Baru kami tahu punca kehilangan arwah anak kami pagi tadi selepas dia dan motosikalnya ditemui terjatuh di kawasan anak sungai di Solok.
Kedudukan lokasi mayatnya ditemui kira-kira 40 minit perjalanan dari rumah kami, katanya.
Menurutnya, motosikal mangsa ditemui dalam keadaan menjunam manakala mayat anaknya dalam keadaan tertiarap serta masih memakai topi keledar dan rbaju korporat syarikat berwarna gelap.
Katanya, mereka dimaklumkan mayat anaknya ditemui seorang pekebun berbangsa Cina yang kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Kebiasaannya, lopak air itu cetek sahaja, namun disebabkan hujan sehari sebelumnya, air bertakung dalam jumlah agak banyak.
Rumput tebal di tepi jalan raya menuju anak sungai itu dan menjadi punca motosikal dan jasad arwah tidak dapat dilihat ketika usaha pencarian dilakukan, katanya.
Menurutnya, arwah keluar dari kediaman pada 7 pagi setiap hari dan berulang-alik bekerja di Batu Berendam sejak tiga tahun lalu.
Katanya, kehilangannya amat dirasai mereka sekeluarga dan umpama hilang ceria kerana dia menjadi tempat mereka bergurau senda.Al fatihah buat arwah.sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.berita lain di bawah

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.