kehilangan papa dan mama , tiga anaknya kini yatim piatu


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.

Sebak pilu apa yang menimpa seorang kakitangan Hotel Permai Kuala Terengganu ini dia dan isteri maut selepas Perodua Myvi dinaiki merempuh lori membawa muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, di Rompin awal pagi, hari ini.



Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala sementara isterinya Surawati Mohd, 33, meninggal dunia beberapa jam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.

Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan rakan rakan sekerja serta majikan arwah yang mana kini tiga anak lelaki pasangan ini yatim piatu sekelip mata.

Daripadanya kita datang, dan kepadanya jua la kita pergi. Pagi ini kami dikejutkan dengan berita kematian salah seorang daripada kakitangan Permai Hotel Kuala Terengganu. Benarlah kematian itu tidak mengira masa, umur, atau siapa kita.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Noor Idham bin Ramli dan isteri dari kami warga Permai Hotel Kuala Terengganu.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak pasangan itu yang berusia dua hingga enam tahun cedera.

Siasatan awal kita mendapati kereta dipandu Muhammad Noor Idham dari arah Kuantan menuju ke Seremban dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.

Pemandu lori Md Kamarudin Ibrahim, 43, turut cedera dan keterangannya sudah diambil bagi membantu siasatan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, anak pasangan suami isteri itu dikenali Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.

Besar dugaan buat anak2 ini, semoga roh papa dan mama mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Aamiin.......
Berita lain di bawah ----->>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.