Jasad ibu dan anak lelaki dipotong 8 suami ditahan


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Semalam digemparkan dengan penemuan jasad individu dipercayai mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, 4 petang semalam.


Hari ini warganet didedahkan yang mana jasad tersebut adalah milik seorang wanita dan juga anak lelakinya berusia 11 tahun.Mangsa dikenalpasti dengan nama Norfazera Bidin,27, manakala anak lelakinya Muhammad Iman Asraf,11, jasad kedua dua mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.
Polis menahan lelaki Shahrul Nizam Zuraimy warga Singapura yang juga suami mangsa disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam Kampung Ladang, Krubong, Melaka, semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, hari ini hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.


Waran tangkap dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan.
Mengulas lanjut Mat Kasim berkata, susulan kejadian, siasatan khas telah dijalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersamaIbu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
Siasatan mendapati hanya sebahagian badan manusia sahaja dijumpai di kawasan semak.
Berdasarkan maklumat risikan, tempat kejadian dipercayai berlaku di rumah milik mangsa iaitu rumah teres dua tingkat di Taman Merdeka Jaya.
Pihak polis turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut dan percayai kes ini membabitkan seorang lelaki warga singapura yang ada kaitan dengan mangsa,katanya.
Sementara itu, media sosial hari ini turut ditularkan berhubung laporan pembunuhan kejam oleh lelaki terhadap dua mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang juga isterinya yang dikaitkan dengan penemuan mayat semalam.

Petang semalam, polis menemukan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong. Al fatihah.semoga arwah dan aanknya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.