(GAMBAR) tiga beranak maut ketika tolong beli minyak


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Dalam kemalangan 10.40 pagi itu, Siti Norhayati memandu Proton Satria dalam perjalanan dari Kampung Gua Sejuk menghala ke FELDA Chiku 1.Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa cuba memotong sebuah kenderaan memasuki simpang kiri sebelum masuk ke laluan bertentangan.



Akibatnya, kenderaan mangsa bertembung dengan Perodua Myvi dan Perodua Axia.
Kemalangan itu menyebabkan Siti Norhayati dan anak bongsu, Mohamad Ilham Haiqal Mohamad Hanis Asyraf, 2, meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM), manakala anak sulungnya, Nur Bibi Qalesya, 5, maut di lokasi kejadian
 Paling memilukan permergian adik Nur Bibi mengundang pilu guru guru di Taska PASTI tempat dia belajar sayu ucapan pihak sekolah atas permergian adik Bibi.

Hadiqah As-Saadah Chiku 1 dijemput ilahi bersama ibu & adiknya dalam kemalangan, Mudahan Allah SWT cucuri rahmat keatas mereka dan ditempatkan dalam Jannatul Firdaus
Kami warga PASTI kawasan Gua Musang ucapkan Takziah buat keluarga & mudahan Allah Permudahkan Segala Urusannya – Ustaz Mohd Habidin Hanipa
Dalam pada itu pemandu Perodua Myvi, Ishak Mohammad, 31, patah kaki kanan manakala pemandu Perodua Axia, Mohamed Faeez Al Amin Mohamed Noor, 28, tidak cedera.
Mt Hassan yang tinggal di FELDA Chiku 1 berkata, anaknya itu seorang ibu tunggal dan baru sebulan memulakan perniagaan kedai makan di Kampung Gua Sejuk.
Katanya, arwah anaknya yang juga anak ketujuh daripada 10 adik beradik kerap pulang ke rumah di FELDA Chiku 1 untuk menjenguknya selepas kematian isteri lebih sebulan lalu.
“Ketika arwah berada di kedai, seorang lelaki yang juga pemandu van memberitahu kenderaannya rosak kerana tersalah mengisi minyak diesel menyebabkan berlaku gangguan enjin.
Lelaki itu minta tolong arwah supaya membeli petrol, sebelum anak saya memandu kereta Proton Satria dengan membawa dua anaknya ke FELDA Chiku 1, katanya ketika ditemui di HGM, hari ini.
Mt Hassan berkata, dia berada di rumah terkejut apabila dimaklumkan rakannya berhubung kemalangan itu.
 Pada mulanya saya tidak percaya berlaku kemalangan membabitkan anak dan dua cucu, tetapi sebaik datang ke HGM, ia memang berlaku, katanya, semoga roh mereka tiga beranak tenang disana.Al fatihah.berita lain di bawah..................

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.