(Gambar) Misteri kehilangan adik arisya terungkai, beliau lemas di lubang kumbahan


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.encarian adik Arisya berakhir lemas dilubang kumbahan Kehilangan anak tersayang membuatkan keluarga buntu lalu si ibu memuat naik status dilaman sosial memohon pelayar media sosial mengesan anak perempuannya Nor Arisya Abdullah, 5, yang hilang gagal dikesan keluarga petang semalam.

Maka ramai lah pelayar media sosial cuba membantu si ibu dengan mengviralkan kehilangan adik Arisya yang gagal dikesan walaupun pihak keluarga berusaha mencari nya dikawasan sekitar perumahan terbabit.


Kehilangan adik Arisya juga telah dilaporkan pihak Pihak berkuasa bagi mengesan adik Arisya sehinggalah jasad nya berjaya ditemui keluarga dan orang ramai lemas dilubang kumbahan dikawasan perumahan terbabit.
Harian metro melaporkan kanak kanak perempuan diitemui lemas selepas dipercayai terjatuh di dalam lubang kumbahan di Batu 5, Jalan Gambang-Kuantan di Kuantan, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu mangsa dikenali Nor Arisya Abdullah, 5, ditemui beberapa penduduk di sekitar kawasan berkenaan sebelum memaklumkan pihak berkuasa.
Difahamkan kanak-kanak terbabit hilang ketika bermain berhampiran kawasan rumahnya pada waktu petang sebelum ibu mangsa memohon bantuan orang ramai menerusi laman sosial Facebook (FB) bagi mengesan anaknya.

Bagaimanapun mayat Nor Arisya ditemui beberapa jam kemudian kira-kira 500 meter dari rumahnya selepas usaha mencari kanak-kanak itu dilakukan orang ramai bersama keluarga mangsa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.06 malam sebelum jentera pertama tiba ke lokasi kejadian 15 minit kemudian.
Sebaik tiba kita mendapati terdapat kanak-kanak di dalam lubang kumbahan sebelum operasi membawa keluar mangsa dijalankan.
Anggota bomba turun ke dalam lubang kumbahan sebelum menggunakan tali bagi membawa keluar mangsa, katanya dalam kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut.
Apa yang berlaku sungguh tragis ini kes kedua kanak kanak lemas diloji kumbahan selepas kes seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui lemas di Ipoh, semoga ibu arwah dan seluruh keluarga tabah dengan apa yang menimpa arwah adik Arisya, pilu perginya dijemput ilahi dilubang kumbahan 500 meter dari rumah semoga rohnya tenang disana.Al fatihah.berita lain di bawah ...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.