(GAMBAR) Anggota kumpulan chilok, kamal pergi jua setelah 2 hari bertarung nyawa.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.Ahli kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu meninggal dunia di Hospital Putrajaya, di sini, hari ini.Perkara itu disahkan rakannya yang juga artis, Atoi Tohet ketika dihubungi,Atoi berkata, dia menerima berita itu sebaik dihubungi beberapa rakannya yang berada di hospital berkenaan jam 5 petang. Saya meminta semua peminat mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, katanya.



Kamal mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang kelmarin.
Ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan patin tempoyak yang diusahakannya kepada pelanggan.
Kamal pernah menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 selain merangkul naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.
Ketika dihubungi Harian Metro baru-baru ini, Kamal memberitahu dia akan berentap di kerusi panas MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Arwah yang juga bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor memberitahu mahu meluaskan bakat sebagai penyampai radio.
Sebelum ini Kamal terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar pesanan gulai patin tempoyak impak dari kemalangan terbabit dia disahkan mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki dan dirawat diHospital Putrajaya.
Perkara itu dikongsikan rakannya, Chiwan atau Mohd Azwan Sabri yang terkejut menerima berita itu.

Apa yang saya boleh katakan, Kamal dalam keadaan koma. Kecederaannya teruk dan sekarang ini sedang menjalani pemindahan darah serta menunggu untuk dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Doktor beritahu pembedahan dijalankan keatas kamal dan mohon jasa baik semua untuk doakan Kamal supaya sedar semula dan sihat seperti sedia kala, katanya dua hari lalu.

Kamal yang menjalankan perniagaan makanan patin tempoyak secara pembayaran tunai semasa (cash on delivery) terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesanan untuk pelanggan di Putrajaya.
Semoga isteri serta seluruh keluarga tabah dengan apa yang berlaku hasart nya untuk sertai Maharajalawak 2019 November nanti tidak kesampaian semoga rohnya dicucuri rahmat.Al fatihah.Berita lain di bawah ------>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.