Balu arwah kamal hamil anak pertama, baru 10 bulan bergelar suami-isteri


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.anya 10 bulan bergelar suami isteri hamil anak sulung Permergian mengejut Kamal anggota Kempulan lawak Chilok petang semalam selepas dua hari bertarung nyawa akibat kemalangan.


Kamal dan pasangan nya Bea Zhari diijabkabulkan pada Januari lalu mereka dipuncak bahagia Kamal seorang suami yang terbaik dia sama sama mengembangkan perniagaan Patin Tempoyak bersama isteri tersayang dalam menambah pendapatan keluarga.
Diperjalanan penghantaran Patin Tempoyak pada pelanggan itu lah dia telah terlibat kemalangan dan berada dalam keadaan koma selama dua hari.
Selepas dua hari bertarung nyawa bekas Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, bersama kumpulan Chilok itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang semalam.
 enurut Chiwan, jenazah Allahyarham Kamal akan dimandikan di Hospital Putrajaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada Ahad.
Kamal sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Khamis (10 Oktober).
Beliau dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kecederaan pada anggota badan serta kepala dan tidak sedarkan diri.
Selain Kamal atau nama sebenarnya, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30, kumpulan Chilok turut dianggotai oleh Chiwa dan seorang lagi rakan mereka, Achok.
Paling memilukan Astro Awani melaporkan Allahyarham Kamal meninggalkan balu, Bea Zhari yang difahamkan sedang hamil anak sulung mereka.
Berita lain : Pengantin baru maut diseret bas
 Jenazah selamat tiba dirumah keluarganya pada pukul 10 .19 malam tadi dan akan disemadikan pada pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang semoga rohnya dicucuri rahmat dan isterinya tabah dengan dugaan ini.Al fatihah.berita lain di bawah.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.