Tidak sempat membeli hadiah harijadi, cikgu mazlan maut di sisi anak.





Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.


Guru tersebut Mazlan Musa,46, maut manakala anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh anjing di Kilometer 5, Jalan Serkam- Merlimau, Jasin, hari ini.

Kejadian 9.15 pagi itu mengakibatkan mangsa Cikgu Mazlan maut di lokasi kejadian manakala anak lelakinya, 9, cedera paling memilukan anak lelaki nya berada disisi ketika diri nya hembus nafas terakhir.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membeli hadiah buat anaknya menyambut hari lahir, hari ini.


Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian selepas terbabit kemalangan yang mengorbankan dirinya manakala anak lelaki nya cuma cedera.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Serkam menghala ke Merlimau.

Sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai melanggar anjing yang melintas jalan.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dilokasi kejadian oleh pegawai perubatan, katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

Pembonceng yang juga anak mangsa mengalami luka di kaki dan tangan sahaja.
Motosikal mangsa ditahan bagi dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan,” katanya.

Hasan Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Semoga isterinya yang merupakan seorang Ustazah tabah dengan dugaan ini suami tersayang dijemput ilahi diperjalanan membeli hadiah buat anak tersayang yang menyambut hari lahir hari ini.


 Al fatihah.. sama2 kita doakan semoga arwah dtempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.