Terperangkap di bilik tidur, kanak-kanak OKU rentung dlam kebakaran

Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.

Sayu luahan bapa mangsa, tiada lagi gelak ketawa anak, kata bapa kepada kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, pagi tadi.

Che Azman Mansor, 39, berkata walaupun Muhammad Aqil Azfar, 11, tidak pandai bertutur, namun arwah yang OKU hiperaktif seorang ceria dan rapat dengannya.

Katanya, anak kedua daripada lima beradik itu mengikut ibunya, Nor Marinah Mohamad, 38, ke rumah neneknya di Gual Ipoh, di sini petang semalam.

Sebelum ke rumah neneknya petang semalam, dia menunjukkan reaksi gembira dan saya tidak sangka ia petanda akhir anak akan meninggalkan kami sekeluarga.

Mereka akan ke Kampung Paku dua minggu sekali untuk menghabiskan cuti hujung minggu.
Ketika kejadian, saya berada di rumah di Kampung Sungai Keladi, Pasir Mas, sebelum dihubungi anak sulung, Nor Alia, 13, jam 12.20 tengah hari yang memaklumkan adiknya terperangkap dalam kebakaran, katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tanah Merah, di sini, hari ini.



Walupun sedih dengan kejadian itu tetapi saya reda dengan ketentuan Ilahi. Anak memang berkomunikasi dengan menggunakan tangan sama ada menarik tangan atau tunjuk ke arah sesuatu yang dia mahukan, katanya.

Sementara itu, datuk mangsa, Mansor Mamat, 67, berkata cucunya itu sangat rapat dengannya dan sering berjumpa kerana jarak rumahnya dengan rumah keluarga mangsa hanya satu kilometer.
Saya terkejut dengan kejadian menimpa cucu, tetapi reda kerana sudah sampai ajalnya.

Jenazah cucu akan dikebumikan di Tanah Tanah perkuburan Ron Cenok, Sungai Keladi, Pasir Mas malam ini,katanya.

Terdahulu, kanak-kanak lelaki OKU berusia 11 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini.

Dalam kejadian pada 11.45 pagi itu mangsa, Muhammad Aqil Azfar berada di dalam bilik tidur di kediaman itu, sementara kakaknya berusia 13 tahun berada di dapur.


Al fatihah buat anak syurga ini..
berita lain di bawah..

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.