Pokok tumbang, isteri maut di sisi suaminya yang lumpuh

Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya

 Seorang suami isteri tidak menyangka isterinya pergi buat selamanya dalam kejadian 6.15 petang itu, dia yang lumpuh bersama isteri sedang berada di anjung rumah tiba tiba angin kencang menyebabkan pokok kelapa tumbung menghempap anjung rumah mereka.
Isterinya parah ditimpa pokok kelapa setinggi 15 meter yang tumbang dalam kejadian di Jalan Matang Kurau, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis di Manjung semalam.

Isterinya parah ditimpa pokok kelapa setinggi 15 meter yang tumbang dalam kejadian di Jalan Matang Kurau, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis di Manjung semalam.

Mangsa, Ramlah Sipar, 52, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di wad kecemasan Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan.\

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku pada 6 petang, semalam ketika hujan lebat dan angin kencang.

Anak mangsa memaklumkan ketika kejadian berlaku mangsa sedang mengambil baju yang disidai di anjung rumah.

Angin kencang menyebabkan pokok kelapa tumbang dan menghempap bumbung serta mangsa,katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bomba yang tiba di lokasi kejadian membantu memotong pokok kelapa dan mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok berkenaan.

Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Pantai Remis sebelum dibawa ke wad kecemasan Hospital Seri Manjung (HSM) dengan ambulans.

Sebaik tiba di wad kecemasan mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik HSM pagi ini, katanya.

Media malam tadi melaporkan, wanita berkenaan parah di kepala selepas anjung rumahnya ditimpa pokok kelapa yang tumbang susulan ribut dan hujan lebat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Sururi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.20 petang sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa masih berada di bawah timbunan pelepah kelapa.

Mangsa didapati parah di kepala manakala suaminya yang berusia 59 tahun dan berkerusi roda tidak cedera.

Kami segera membantu mangsa dan wanita itu dihantar ke hospital dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi, malam ini.

sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. di samping itu semoga suaminya tabah akan ujian yang menimpa.
berita lain di bawah ---------->>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.