Perginya seorang insan mulia, Cikgu yaya maut dalam kemalangan



Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.


Perodua Axia yang dinaiki guru wanita terbabit bersama suami dipercayai telah terbabas dan melanggar tiang elektrik dalam kejadian berhampiran Hutan Simpan Kenor, Jalan Jerantut – Benta semalam.

Cikgu yaya yang berada disebelah tempat duduk penumpang hadapan Axia tersebut meninggal dunia akibat tersepit impak rempuhan kuat kereta terbabit pada tiang elektrik.

Manakala suami mangsa yang memandu parah, sepasukan tujuh (7) anggota Bomba Jerantut bergegas ketampat kejadian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan peralatan menyelamat dan mangsa lelaki yang cedera di hantar ke hospital dengan ambulan KKM ke Hospital Jerantut.

Manakala mangsa perempuan yang meninggal dunia telah di sahkan oleh pasukan perubatan KKM, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

 pa yang berlaku mengudang pilu keluarga dan insan insan yang mengenali mereka memandangkan mereka mempunyai ramai sahabat.

Hasil perkahwinan pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata yang masih kecil namun semasa kejadian anak mangsa tidak bersama mereka suami Cikgu yaya yang parah kini berada didalam keadaan koma di Hospital Jerantut.

Dengan rendah hati, mohon kawan-kawan doakan Meer Tujuhlapang selamat, dia koma sedang dirawat di ICU, semoga dia kuat berjuang demi anak kecilnya dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah isterinya Ya Yaa.

Dia terlibat dalam kemalangan petang tadi di jalan Jerantut – Benta yang menyebabkan isterinya meninggal. Mohon doakan ye kawan kawan – Arlina Anang

Ramai yang turut pilu memohon doa agar suami Cikgu yaya segera sedar memandangkan anak nya yang masih kecil memerlukan perhatian seorang bapa apabila sikecil ini kini kehilangan ibu tersayang buat selamanya.

Cikgu yaya seorang wanita dan guru yang lemah lembut amat disenangi anak murid dan rakan rakan setugas permergian pilu nya amat mengudang pilu insan insan yang mengenali dirinya.

Admin memohan sama2 lah kita doakan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Aaminnn......

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.