Kanser semakin kritikal, Adik Nishkah Perlu Doa Dan Sokongan Rakyat Malaysia

Dilahirkan sempurna seperti bayi yang lain tetapi sejak usia 20 hari semasa berada dirumah, dia perasaan perubahan yang berlaku pada puterinya yang semakin membesar. Sehinggalah jururawat datang ke rumah untuk pangkau keadaan berpantang, jururawat cakap kepala bayi seakan tidak normal dan perlukan pemeriksaan doktor.

“Saiz kepala baby masa lahir 34cm, 20 hari lepas tu jadi 38cm.”

Doktor buat imbasan MRI dan nampak ada tumor tu kanser sebesar 6cm berada di otak bawah serebelum bayi.Dia sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan. 
 
Adik Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.

Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.

Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa. Segalanya begitu meruntun perasaan. Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.

Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan si kecil ini agak merisaukan seluruh rakyat Malaysia. Wanita ini, Kheriy Khairiah merupakan ibu kepada Adik Nishka yang kongsikan keadaan anaknya di laman Instagram.

Sekadar gambar throwback. Agak lama, kami amik masa untuk memberitahu semua keadaan baby Nishka yang sebenar. Orang kata setiap tutur yang keluar dari mulut ibu dan ayah adalah doa. jadi, sedaya upaya kami cuba untuk tidak berkata dan mengucapkan benda yang buruk dan negatif tentang keadaan baby Nishka.


Seperti semua sedia maklum, baby Nishka sudah 4 bulan menjalani rawatan di HUSM, sudah 4 kali tubuh kecil ini berjuang di katil pembedahan, di cucuk, di bedah sana sini untuk tujuan dan niat berubat.

Nak adik sihat, rawatan kimo pun dah adik lalui utk lawan kanser jahat dalam kepala adik. Benar, kita hanya merancang. Doktor hanya perantaraan, doktor dah cuba sedaya upaya. Tapi Allah lebih tahu, Allah segalanya. 

Baby Nishka kini sudah memasuki zone paliatif care bermaksud tiada yang rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan dalam kata mudah (angkat bendera putih) untuk kes baby Nishka. Rawatan kimo yang diberikan tidak respond ke atas kanser baby Nishka.

Sama2 kita doakan kesihatan bayi ini.. sembuhkanlah beliau dari segala penyakit..AAMIINNN.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.