Hajat tidak kesampaian..dirempuh di lorong kecemasan.

Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.


Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa dikatakan sedang berhenti di lorong kecemasan lebuh raya itu berikutan motosikalnya mengalami kerosakan sebelum dirempuh van dipandu pemuda pakistan.

Apa yang menimpa Azree mengudang pilu sepupu nya Azmina Haziqah, mengikut sepupu nya Azree yang kini dalam latihan sebagai jururawat pelatih banyak menasihati dirinya yang berbadan dua supaya menjaga kesihatn sebelum bersalin, sayu luahan nya melalui laman sosialnya.
Allah lebih menyayangimu Along (Cousin) Mohd Azree Firdaus Bin Azman . Al Fatihah.
(Mintak jasa rakan2 fb sedekah kn bersama2)
Moga ditempatkan di kalangan orang² yang beriman .
Salam takziah buat keluarga cik moi and pakcik man .
Moga tenang di sana Along.

Cousin yg satu kepala dlm operasi hack system, kaki godam, kaki gadget (skrg dh tobat) .

“Masa kecik2 aku selamat kn ko yg jatuh dkt kolam yg dlm dpn umh arwah nenek, skrg dh xde sbb kne timbus dh. Masa tu ko dh hmpir lemas, yelaa masing2 kecik lg. Tk pndai lg berenang. Yg adik2nya ketawakn along jatuh dlm kolam memsing xnk trjun ‘Masa kecik2 kite lasak skit. Yelaa adik2 semuanya laki kite je sorg prmpuan.’ Semua org masa tu dlm umh aku plak ada main around tepi kolam . And along , cousin lelaki yg one of closed laa , dia pon sebaya je dgn aku, sgala masalah dia , dia share & mntk pendpt utk solve kn ..


And siap dh booking makeup utk kawen nty dgn Atiqah Ahmad . Ehh byk laa nk cite, smpai esk x hbis.
Itu kenang xbole lupa laa jatuh dlm kolam tu smpai skrg aku bahan ko, tp Allah lbh mnyayanginya

Manakala teman wanita mangsa yang dikenali dengan nama Atiqah mereka mempunyai minat yang sama dan kini sedang menghabiskan latihan dalam bidang yang sama iaitu kejururawatan.

Azree selalu mengharapkan agar mereka berdua dapat habiskan latihan mereka dengan jaya nya seterus nya mereka ini kekalkan hubungan mereka sehingga kejinjang pelamin namun kini semua nya tinggal kenangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Abd Rahman, berkata van dipandu seorang warga Pakistan berusia 23 tahun dipercayai memasuki lorong kecemasan dan tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.
 
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa remuk, manakala pemandu van pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Al fatihah buat arwah..sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.