Update dari London,Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator – walid


Kisah adik ainul memang mendapat perhatian seluruh dunia, semua sudah tahu bahawa adik ainul telah selamat tiba di london.

sedikit coretan dari bapa adik ainul,

“Ainul, hari ini Ainul duduk semula dalam inkubator, walid dengan mama sebak sangat. Teringat waktu Ainul baru lahir dahulu, begini lah keadaannya.

“Tubuh badan kamu penuh dengan wayar, bunyi mesin yang tidak pernah berhenti mengingatkan walid dan mama ketika kamu di NICU suatu ketika dahulu,” katanya menerusi status Facebook kira-kira jam 6 petang ini.

 agaimanapun, Ahmad Safiuddin dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, yakin Ainul Mardhiah kuat melalui ujian kerana dia anak yang kuat sesuai dengan namanya, yang bermaksud pejuang.

Dalam statusnya, sebelum ini, Ahmad Safiuddin memaklumkan perjalanan bayi perempuannya, terbang ke luar negara, berjaya diharungi tanpa sebarang masalah sejurus berlepas ke London, Jumaat lalu.

Katanya, Ainul Mardhiah selamat tiba di sana selain berjaya melepasi risiko menaiki penerbangan tanpa sebarang masalah.

Katanya, ia juga kerana dibantu doktor tempatan yang juga individu sukarela mengikuti misi itu, berhempas pulas memastikan bayi perempuan sembilan itu sentiasa cergas dalam perjalanan ke sana.
Bagaimanapun, katanya, ketika tiba di sana, bekalan oksigen Ainul Mardhiah agak terganggu namun pihak hospital kanak-kanak di sana menstabilkannya semula.

“Mungkin sebab Ainul mengembara jauh, jadi dia perlu belajar sesuaikan diri di sini,” katanya menerusi status itu.

Ahmad Safiuddin berkata, dia akan melaporkan perkembangan bayinya menjalani pembedahan dan rawatan sepanjang berada di sana melalui laman sosial itu.

Sementara itu, pakar bedah warga Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri, melalui Instagram beliau memuat naik status bayi itu tiba di sana bersama ibu bapanya dengan ditemani sekumpulan pakar bius negara ini, semalam.

sama2 kita doakan Dr amalina dan pasukan nya berjaya mengubati dan menyembuhkan adik ainul. kami sebagai rakyat malaysia berasa berbesar hati untuk melihat adik ainul kembali sembuh. doa admin dari sini...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.