pergimu di bulan mulia,Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.

Kisah pembunuhan pemandu grab ini mendapat perhatian yang luar biasa dari pihak rakyat malaysia. masakan tidak pemvunuhan berlaku ketika kita di dalam bulan yang amat mulia.

 Jenazah Mohd Hanafiee, 27, dimandikan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu sebelum disembahyangkan di tanah perkuburan islam di kampung berkenaan.
                                                     arwah dan bakal tunang



Kira-kira 150 penduduk termasuk ahli keluarga dan saudara terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kira-kira 7.30 malam.


Suasana pilu mengiring pemergian Mohd Hanafiee sebaik selesai solat jenazah bagi membolehkan ahli keluarga menatap wajah arwah.

Sementara itu, adik arwah, Nur Ain Jaffar berkata, jenazah arwah dimandikan di HQE Kota Kinabalu dan disembahyangkan di tanah perkuburan itu.

“Pada awalnya, kami mahu menyembahyangkan arwah di Masjid Jamek Kampung Taun Gusi, namun dibatalkan atas sebab lewat dan jenazah terus dihantar ke tanah perkuburan,” katanya.

Dalam pada itu, Ain memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar mayat arwah yang ditemui di Kampung Shahbandar, Tuaran.

“Setakat ini, kami dimaklumkan dua suspek sudah dikenal pasti dan ditahan.

“Jadi, sebaiknya kes ini kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan tidak membuat spekulasi bukan-bukan,” katanya.

Beberapa kenalan Facebook mangsa turut melahirkan rasa sedih kerana arwah seorang yang sangat baik dan melahirkan ucapan takziah.

arwah dilihat kali terakhir berada di bazar Ramadan di Indah Permai, Sepanggar sebelum dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu.

Petang semalam, mayat arwah ditemui di celah bakau berhampiran tepi pantai Kampung Shahbandar, Tuaran sebelum keluarga arwah dihubungi untuk melakukan pengecaman.

Susulan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah dalam sidang medianya pagi hari memberitahu mangsa disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak Kampung Shabandar, Tuaran.

mangsa juga bercadang untuk bertunang selepas raya nanti.. beratnya dugaan buat keluarga mangsa dan tunang beliau. semoga pembunuh kejam ini mendapat pembalasan yang setimpal di atas perbuatan mereka. sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.