Pelajar UITM meninggal dunia akibat kanser


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.

Allahyarham Fildati Amalina Amir Shariffuddin, 19, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sisi ibu, Fartini Sulidjan, 49, dan dua kakak, Nor Amira, 24, dan Siti Nabilah, 22.

Bapanya, Amir Shariffuddin, 50, berkata, anak keempat daripada lapan beradik itu sebelum ini mengadu sesak nafas di rumah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

"Allahyarham kemudian dirujuk di HKL sejak tiga hari lalu dan keadaan kesihatannya bertambah teruk akibat kanser dialaminya.

"Kami reda dengan ketentuan Ilahi, apatah lagi Allahyarham dah lama menderita penyakit berkenaan," katanya.

Menurutnya, jenazah arwah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru jam 10.30 pagi tadi.

Nor Amira pula berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian Fildati Amalina yang mesra disapa Kak Lin dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan adiknya selain memberi sokongan moral serta bantuan wang ringgit.

"Sebelum Kak Lin hembuskan nafas terakhir, riak mukanya cukup tenang dan tak menunjukkan sebarang kesakitan walaupun terpaksa menjalani pelbagai rawatan.

"Doktor dah melakukan yang terbaik, Sebagai kakak, saya sedih tetapi reda dengan pemergiannya," katanya.

sebelum ini pihak akbar melaporkan  penderitaan Kak Lin yang disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap empat, sejak Oktober 2017.


Penyakit itu memaksanya menangguhkan sementara pengajian semester kedua di UiTM.
Kanser itu juga menyebabkan buah pinggang sebelah kanannya terpaksa dibuang berikutan sel kanser berkenaan merosakkan organ itu sebelum merebak ke paru-paru.


Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, sesungguhnya arwah meninggalkan kita di bulan yang mulia. Semoga keluarga arwah tabah akan kehilangan orang tersayang.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.